in

Jabatan Pendaftar Pertubuhan Keluarkan Larangan Sekatan Berkempen 30 Hari Untuk Parti Dr. Mahathir!

Penumbuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila tiba je musim pilihan raya, macam-macam kisah menarik boleh kita dengar, kan? Semalam, kami senaraikan kejadian ‘panas’ yang pernah berlaku semasa pilihan raya umum di Malaysia, this one pulak mungkin permulaan untuk banyak lagi ‘drama’ pilihan raya tahun ini.


Menurut The Edge Market, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di bawah pimpinan bekas perdana menteri Dr. Mahathir Mohamad telah menerima larangan sekatan berkempen daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Sekatan selama 30 hari tersebut dikatakan boleh menggugat saingan yang akan diberikan kepada PM Najib dalam pilihan raya akan datang.

Kena
sumber: the star

Kenapa pulak PPBM disekat ni?

Surayati Binti Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia menjelaskan bahawa tindakan yang diambil ROS adalah berpunca daripada kegagalan PPBM menyediakan informasi dan dokumen sebelum 29 Mac yang lalu.

Disekat walaupun dah serah semua dokumen?

PPBM dikatakan boleh membuat rayuan terhadap larangan ataupun menghantar dokumen yang berkenaan jika tidak mahu pendaftaran ditarik balik. Tapi Presiden PPBM Muhyiddin Yassin menyatakan yang pihaknya telah menghantar semua dokumen yang diperlukan dan meminta semua untuk tenang je hadapi situasi ni.

Zoom
sumber: berita harian

Sanggup bertanding di bawah nama parti lain jika perlu

Dr. Mahathir tidak memberikan sebarang komen terhadap isu ini kepada wartawan, namun telah menyatakan dalam satu taklimat bahawa calon mungkin akan bertanding di bawah nama parti lain jika perlu.

Seorang penganalisis, Asrul Hadi Abdullah Sani menyatakan bahawa dia merasa bahawa tindakan yang dikenakan ke atas PPBM tidak akan menggugat perjalanan kempen Dr. Mahathir kerana pengaruh bekas perdana menteri itu adalah lebih meluas daripada parti itu sendiri.

“Saya tak rasa perkara ni akan menggugat kempen yang akan dijalankan Dr. Mahathir sebab nama beliau sendiri sudah jauh lebih besar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia.”

Aasd
sumber: nst

“Namun ia mungkin akan menjejaskan calon Parti Pribumi yang bergantung kepada nama dan penglibatan Dr. Mahathir dalam parti tersebut.”

Selepas keluar berita pasal sekatan tu, ramai yang fikir kes ni sebenarnya sebahagian daripada permainan musim pilihan raya sebab elok-elok pulak timing dia nak kenakan sekatan kat PPBM waktu ni.

Apa korang rasa? Ni cuma satu kebetulan ke memang betul-betul permainan musim pilihan raya? Share sikit pandangan korang kat ruangan komen.

Baca: 9 Kejadian ‘Panas’ Berlaku Semasa Pilihan Raya Umum di Malaysia

Sdjksdjd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.