in

“Itu zaman jahiliah” – Pernah Pukul Isteri & Seleweng Duit Syarikat, Asri Janggut Mengaku Sudah Bertaubat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas viralnya video pendedahan mengenai isu perjudian dan rokok seludup di Sungai Buloh, banyak pula berita tak enak yang kita dengar tentang Asri Janggut.


Antara yang terbaru ini ialah tuduhan netizen yang mengatakan Mohd Asri Hamid, 42, terdahulu mempunyai jenayah kekerasan, memukul isteri dan menyeleweng duit syarikat. 

Menurut Harian Metro, Asri berkata, kejadian yang berlaku itu ketika dia di usia muda dan sebelum mendapat hidayah daripada Allah SWT.

“Beginilah. Itu berlaku semasa (saya) zaman jahiliah. Masa zaman muda saya. Sebelum saya diberi hidayah oleh Allah SWT. 

“Perkara itu adalah (hal) domestik antara saya dan isteri (sekarang bekas isteri). Masa itu berlaku krisis rumah tangga. Isteri saya masa itu buat laporan (polis) dalam keadaan tertekan dan apa yang berlaku sebenarnya kisah lama.

“Tak pernah naik mahkamah, tak pernah didakwa. Cuma sekadar laporan, tiada pendakwaan. Kes itu tahun 2012. Lama dah, bercerai pun pada penghujung tahun itu. Masa itu zaman jahiliah, zaman nakal saya,” jelasnya.

 

Bekas isteri pun datang beri sokongan

Tambah Asri lagi, malam semalam juga bekas isterinya turut hadir bertemunya untuk memberi kata-kata semangat dan menangis simpati melihat dugaan yang dialaminya.

Mereka juga katanya telah berpisah secara baik dan tidak mempunyai sebarang masalah dalam hal penjagaan seorang cahaya mata hasil pekahwinan yang terputus di tengah jalan.

Menjawab persoalan mengenai penyelewengan duit syarikat, Asri berkata semuanya berpunca daripada isu rumah tangga terdahulu itu.

“Dahulu syarikat dijalankan berniaga burger juga, cuma saya letak nama isteri. Duit kami suami isteri, tetapi bila bergaduh dan berlaku krisis, diorang tak benarkan saya ambil duit. Isteri saya marah. Memang nampak seleweng.

“Mungkin laporan ditulis dalam keadaan marah, selepas kami bergaduh. Dia buat laporan, tetapi selepas itu kami berdamai dan tiada isu.”

 

“Akui kesilapan dan mohon maaf itu sikap terpuji” – Netizen 

Permohonan maaf Asri Janggut telah menerima respon positif daripada netizen. Kebanyakannya berharap Asri belajar daripada kesalahannya dan sentiasa jaga tutur kata pada masa hadapan.

Apa-apapun sudah-sudahlah kita mengecam. Yang bersalah pun sudah minta maaf. Yang buat khilaf pun sekarang cuba perbetulkan keadaan. Time to move on! 

Baca: “Hisap rokok tak jaga sembahyang” – Dakwa Kebanyakan Polis Tak Jaga Solat, Asri Janggut Cetus Kontroversi Lagi

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.