in

“Hisap rokok tak jaga sembahyang” – Dakwa Kebanyakan Polis Tak Jaga Solat, Asri Janggut Cetus Kontroversi Lagi

Tak Solat

Selepas mencetuskan kontroversi dengan memuat naik video pendedahan isu judi dan rokok seludup yang berleluasa di Sungai Buloh, nama Asri Janggut sekali lagi menjadi sebutan apabila dia mendakwa kebanyakan polis dan tentera tidak menjaga solat. 

Menerusi video yang viral di Facebook, Asri yang dilihat sedang berdiskusi bersama 3 orang lain mengatakan bahawa kebanyakan polis merokok dan tidak menjaga solat 5 waktu.

Kebanyakan polis tak jaga solat kata Asri

Posted by Suara.TV on Selasa, 11 Ogos 2020

 

“Hisap rokok, tak jaga sembahyang. Cuba tanya anggota polis, subuh sembahyang tak?

“Bila last (kali terakhir) bawa isteri sembahyang subuh?

“Pernah tak tanya anak apa itu syahadah? Bermakna sebenarnya segala kuncinya,” katanya tegas.

Kenyataan yang dikeluarkan Asri sekaligus mencetuskan kemarahan netizen yang mendakwa peniaga burger itu bersangka buruk dengan pasukan keselamatan negara.

Burger

 

“Saya mohon maaf atas kesilapan dan keterlanjuran saya”

Walau bagaimanapun, sejurus isu tersebut viral, Asri melalui akaun Facebooknya telah membuat permohonan maaf dan mengaku benar-benar menyesal dengan kejahilannya itu.

Bismillah.. assalammualaikum semua…saya memohon maaf atas kesilapan dan ketelanjuran saya,saya benar2 rasa bersalah atas perkara tersebut… saya akui kesilapan saya ini.. maafkan saya atas kejahilan saya…

Posted by Asri Janggut on Selasa, 11 Ogos 2020

 

Harap-harap isu seperti ini tidaklah berpanjangan lagi kerana ia akan memberi kesan buruk kepada kedua-dua belah pihak. Tak kiralah polis ataupun pihak Asri sendiri, kita sama-sama makhluk Tuhan dan tiada yang sempurna.

Baca: Video Judi Sg Buloh: Wakil Rakyat Minta Polis Siasat Isu Diadukan, Bukan Siasat Pengadu

Janggut

Sumber: Facebook