in

Isu Kekasih Gelap Cium Pipi, Ibu Dakwa Bella Astillah Masih Tak Tahu Sebab Tengah Sibuk Buat Penggambaran

Ft Ibu Bella Astillah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu kepada pelakon Bella Astillah iaitu Siti Zarina Astillah menjelaskan bahawa anaknya itu tidak tahu kewujudan wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine ini.

Sebuah portal hiburan melaporkan bahawa aktres tersebut juga masih belum mengetahui pendedahan yang dibuat oleh wanita itu pagi tadi.


Artikel berkaitan : Anak ‘Buat Hal’ Lagi, IG Ibu Aliff Aziz Dikatakan Hilang?

Artikel berkaitan : “Terkejutnya saya melihat rancangan NRF” – Wanita Dakwa Skandal Aliff Aziz ‘Spill Tea’ Tentang Ruhainies?

“Isu apa itu? Dia (Bella) tidak tahu apa-apa fasal itu (pendedahan kekasih Aliff Aziz). Dia tengah shooting.”

Screenshot 2024 04 22 120520

Baru-baru ini, seorang wanita dari Singapura dikatakan kekasih gelap kepada Aliff Aziz dan dia mendakwa sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.

Wanita tersebut mendakwa bahawa pendedahan itu dibuat selepas melihat Aliff dikecam teruk susulan dengan kes ditangkap berkhalwat dengan aktres, Ruhainies pada Mac lalu.

Screenshot 2024 04 22 120707

Dalam pendedahan itu, wanita tersebut dakwa bahawa pelakon wanita tersebut telah menghasut Aliff untuk menjatuhkan Bella dan menegaskan bahawa dia mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit.

Sumber : Portal Hiburan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.