Kecoh di Dewan Rakyat beberapa hari lepas apabila berlaku pergaduhan antara MP Bintulu dan MP Jelutong sehingga menyebabkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat terpaksa menghalau salah seorang dari mereka.
Kekecohan itu bermula selepas MP Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing mengeluarkan kenyataan mengatakan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah ‘takut mati’ kerana tidak turun padang bersama frontliners untuk menentang wabak pandemik Covid-19 di Sabah.
Selepas kenyataan itu dikeluarkan dan kekecohan berlaku, Timbalan Speaker meminta MP Bintulu untuk menarik balik kenyataannya. Pun begitu, MP Bintulu enggan berbuat demikian dan menegaskan kenyataan itu adalah suara frontliners.
Walaubagaimanapun, MP Bintulu telah memohon maaf rasmi ata ketelanjurannya. Permohonan maaf tersebut boleh dibaca dalam tweet @redzuanNewsMPB dibawah ini.