Beberapa hari lalu, kecoh di media sosial isu rumahtangga seorang penjawat awam di sebuah klinik kesihatan negeri Johor yang katanya telah berlaku curang dengan isterinya.
Menerusi satu posting yang dikongsikan oleh isteri penjawat awam tersebut, dia membongkarkan hubungan sulit suaminya dengan wanita lain yang juga kakitangan kesihatan, sebelum lelaki tersebut menceraikannya di hadapan ‘kekasih’.
JKNJ bakal ambil tindakan isu rumah tangga kakitangan kesihatan
Melihat isu itu semakin mendapat perhatian ramai, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), Datuk Dr Aman Rabu, berkata pihaknya mengambil maklum berhubung isu yang tular di media sosial berkaitan rumahtangga kakitangan klinik kesihatan terbabit.
Insiden tersebut menurutnya telah melanggar etika dan integriti kakitangan kerajaan.
Perkara itu dianggap sebagai satu yang serius kerana ia melanggar Etika dan Integriti Penjawat Awam mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
“Sehubungan itu, JKNJ sedang menjalankan siasatan untuk tindakan lanjut. Kita juga memandang berat tindakan yang diambil oleh pihak pengadu dalam menyebarkan isu berkenaan di media sosial,” katanya.
Tak habis lagi ye isu ‘Dr Hanafi’ ni. Dah sampai pihak jabatan kesihatan ambil tindakan ni. Harap pihak yang terlibat dapat muhasabah diri akan apa yang berlaku.
Baca: Isu Curang Jadi Perbalahan Di Facebook, Ada Netizen Cakap Tindakan Isteri Viralkan Video Salah?