in

Isu Curang Jadi Perbalahan Di Facebook, Ada Netizen Cakap Tindakan Isteri Viralkan Video Salah?

Curang 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini kecoh hampir di semua platform media sosial tentang kes suami ‘kantoi’ curang dengan isterinya sendiri selepas didapati berdua-duaan dengan rakan sekerja di dalam rumah dan ditambah pula dengan tindakan suaminya yang segera melafazkan cerai tanpa rasa bersalah.


Disebabkan isu ini, warga ‘muka buku’ mula berbalah sesama sendiri untuk mengetahui tindakan siapa yang lebih salah dalam kes curang tersebut kerana mereka mempunyai pendapat dan pandangan yang tersendiri.

Bermula dengan pandangan seorang pengguna di Facebook, yang mengatakan bahawa dia kurang bersetuju dengan respons dari beberapa pihak agamawan yang cuba untuk menegakkan benang yang basah kerana berpihak kepada suami yang berlaku curang.

Screenshot 20211222 112648 Facebook

 

Jika dibaca satu per satu perkongsian yang ditulis di status Facebook ini, pengguna ini tidak sepenuhnya menyalahkan agamawan yang bersuara tentang isu ‘larangan menyebarkan aib suami’, namun baginya cara agamawan mengawal isu ini agak kelihatan seperti berat sebelah.

Ini kerana, kenyataan dari mereka yang seolah-olah cuba untuk melindungi perbuatan zina lelaki itu dan menyalahkan wanita tersebut hanya kerana dia mendedahkan hal sebenar kepada umum berkaitan dengan rumah tangganya.

Bukan itu sahaja, dia turut menyuarakan pendapat bahawa sekiranya sesetengah pihak agamawan yang cuba untuk menidakkan hak wanita, maka wanita yang teraniaya akan meminta bantuan dari kumpulan yang salah.

Screenshot 20211222 112704 Facebook 1

 

Screenshot 20211222 112717 Facebook

“Sekarang ni isu viral” – Pengguna Facebook

Tidak berhenti di situ, seorang lagi pengguna Facebook turut menyuarakan pendapat tentang isu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini dengan membidas kenyataan dari pengguna Facebook sebelum ini.

Menerusi posting Facebooknya, dia mengatakan bahawa teguran harus dibuat kepada orang yang menyebarkan aib kerana perbuatan zina itu sendiri sudah diketahui oleh orang ramai bahawa hukumnya adalah haram dan juga berdosa besar.

“Kenapa teguran pada perbuatan membuka aib,bukan pada zina yang berlaku? Jawabnya, hampir semua Muslim yang waras tahu perbuatan itu HARAM. Maka tidak pelu diketengahkan lagi isu ini dengan lebih terperinci. Tiada satu pun orang yang tegur perbuatan buka aib ini membenarkan perbuatan zina” – ujarnya di Facebook

Perkongsian itu telah menyebabkan ramai lagi yang lain memberi pandangan mereka yang rata-rata mengatakan bahawa kedua-dua lelaki dan juga wanita itu mempunyai silap dan salah mereka tersendiri.

Fb 2 1

Nasi sudah menjadi bubur… Sama-sama kita mendoakan supaya segala urusan dimudahkan dan juga rujuk kepada pihak yang lebih arif tentang isu ini agar kedua-dua pihak yang terlibat tidak mengeruhkan lagi keadaan kini sudah menjadi satu topik besar di negara kita.

Untuk yang korang yang lain, jangan sesuka hati yaa nak viralkan sana sini. Pastikan dapat kebenaran dulu sebelum bertindak. Min nasihat je ni tau…

Baca: “Kalau nak curang, curang jugak” – Elak ‘Kaki Sondol’ Viral Awek Tampal Nama Sendiri Di Dashboard Kereta BF

Untitled

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.