in

15 Laman Sesawang Malaysia Digodam Indonesia Gara-gara Insiden Salah Cetak Bendera

Page 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
15 Laman Sesawang Malaysia Digodam Indonesia Gara-gara Insiden Salah Cetak Bendera
Loading
/

Baru-baru ini Malaysia telah menerima kecaman dari Indonesia apabila pihak penerbit buku untuk acara Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 telah tersalah cetak bendera Indonesia. Insiden ini telah pun heboh di laman sosial sehingga wujudnya tanda palang ‘ShameOnYouMalaysia’ sebagai tanda protes akan kejadian itu.


Aa
sumber: twitter
C 1
sumber: twitter
Bb
sumber: twitter

Menurut Sinar Harian,  Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Indonesia akan insiden itu dan menganggapnya ia adalah satu kesilapan yang sangat besar.

Sebahagian dari rakyat Indonesia di media sosial menyambut baik permohonan maaf tersebut. Namun bagi mereka yang masih marah akan hal tersebut, laman web di Malaysia pula tak semena-mena menjadi mangsanya. Aik ingatkan dah selesai konflik…

Hacker Indonesia Bendera Terbalik
Gambar hiasan

Pihak MyCert telah melaporkan bahawa sejak semalam banyak laman sesawang Malaysia telah dilaporkan digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Antaranya godaman yang dilakukan adalah ‘defacement’ dan serangan Ddos yang bertubi-tubi.

Aaa
sumber: milosuam
Aa
sumber: milosuam

Antara laman web Malaysia yang digodam adalah:

Laman biasa

  • mycaterer.com.my
  • bookyeh.com
  • jeffiz.com
  • soulhappie.com
  • qqflorist.com.my
  • eniglobal.com.my
  • vsbgroup.com.my
  • goldfields.com.my
  • group.bmx.my
  • ikimfm.my
  • koperasibpm.koop.com.my
  • solarcrest.com.my
  • smartrackgps.com.my

Laman kerajaan

  • moh.gov.my
  • kejora.gov.my
  • mdjerantut.gov.my
  • kehakiman.gov.my

Kejadian godam seperti ini bukanlah kali pertama pernah berlaku. Ia sudah pun terjadi beberapa kali tidak lama dulu.

Apa yang penting, sentiasa kemaskini aplikasi yang digunakan dan kuatkan pertahanan sistem pelayan untuk mengelakkan laman anda digodam. Untuk sebarang laporan dan maklumat lanjut, anda bolehlah singgah ke laman web MyCert atau emel saja ke cyber999@cybersecurity.my atau mycert@mycert.org.my.

Baca: Dari Seorang Pencuci Pinggan Bergaji RM 15 Sehari, Kini Atlet Para Kebanggaan Malaysia

Capture 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.