in

Isteri Persis Barbie Doll, Netizen Teruja Dengan Berita Perkahwinan YDPA!

Agong Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam, tak henti-henti Whatsapp group admin kecoh dengan berita perkahwinan DYMM Yang Di-pertuan Agong, Sultan Muhammad V.


Tak pasti kesahihan berita berkenaan tapi nampaknya semakin viral isu ni.

Kalau benarlah apa yang diperkatakan, rakyat Malaysia semua ucapkan tahniah Tuanku!

Kahwin Miss Moscow 2015?

Menurut sebuah portal berbahasa Rusia, YDPA telah melangsungkan perkahwinannya dengan Miss Moscow 2015, Oksana Voevodina.

Perkahwinan mereka telah dilangsungkan di sebuah dewan mewah, Barvikha Concert Hall di Moscow, Russia dan menerapkan unsur-unsur tradisi Melayu dan Rusia dalam hiasannya.

Kedua-dua mempelai segak dalam persalinan masing-masing dengan YDPA mengenakan baju Melayu biru dengan sampin sedondon warnanya sementara pengantin perempuan cantik memakai baju gaun rona dusty blue.

Tahniah YDPA Sultan Muhammad V

Terdahulu, portal berita tempatan New Straits Times telah melaporkan mengenai berita perkahwinan ini tapi telah ditarik semula kurang sejam selepas ia dinaikkan.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia tak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada YDPA atas perkahwinannya dengan model cantik ini.

Agong
sumber: twitter
Agong 5
sumber: twitter
Agong 4
sumber: twitter
Agong 1
sumber: twitter
Agong 3
sumber: twitter

Berita ni dah tentu mengejutkan semua pihak, lebih-lebih lagi apabila tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak Istana Negara lagi.

Apa-apa pun, Selamat Pengantin Baru Tuanku!

Baca: [VIDEO] Memang Win Ayat Agong Bagi Dekat MP

Agong Perli Yalls

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.