in

“Isteri aku tak boleh diganti, b*doh!” – Lelaki Selamba ‘Sound’ Bos Setepek Sebab….

Stress

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni ramai je yang workaholic, sanggup kerja pagi, petang, siang dan malam semata-mata nak cari duit untuk sara diri dan keluarga. Kadang tu ada yang sampai terlupa ada anak dan isteri di rumah yang menanti kepulangannya.



Di Jepun, pasti ramai yang sangka semua orang kat sana cuma pentingkan kerja dan duit seperti yang ditunjukkan oleh media. Tapi sebenarnya masih ada yang pentingkan keluarga dari kerja mereka tau!

Kerja 3
gambar hiasan

Menurut Nextshark, respon seorang pekerja pada bosnya jadi perhatian serta dapat sokongan ramai and sure akan buat kagum jugak. Lelaki Jepun dengan nama Twitter Rakshasa_JP, ceritakan bagaimana husband kawan dia dah sound setepek bos sebab tak nak bagi balik awal.

Dalam tweet tu, dia cerita pekerja tersebut masuk nak jumpa manager sebab nak bagitau kenapa nak mintak balik awal ke rumah. Dia explain yang isteri dia dijangkiti influenza, so nak balik awal lah sebab nak jaga kan.

W3 1
gambar hiasan

Manager ni pulak tak suka dan marah then terus ugut kata dia boleh digantikan. Kiranya dia ugut nak fire lah mamat tu sebab sesuka hati nak balik rumah. Tapi, dia tak sangka yang mamat tu lawan balik dan jawab,

Isteri aku tak boleh diganti, b*doh!”

Lepas dah sound setepek tu, dia terus balik rumah nak jaga isteri dia and dia pasrah kalau dia diberhentikan serta merta sekalipun. Tapi kata Rakshasa_JP sebaliknya yang berlaku sebab manager tu katanya, dah diberhentikan oleh pihak atasan. Haha padan muka!

Sejak tu, ramai puji melambung laki tu yang pentingkan wife dia dari kerja dan berani sampaikan point tu dekat manager dia.

“Nampaknya manager tu yang senang nak ganti.”

Husband kawan awak serius cool…”

“Padan muka manager tu!”

Macam mana penting pun kerja kita, family comes first!

Baca: Bos Tak Luluskan 90 Hari Cuti Berslain? Anda Kini Boleh Saman Mereka!

G1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.