in

“Instagram saya mempunyai 418k followers” – Influencer ‘Mengemis’ Minta Videographer Sponsor Untuk Wedding

Hazeman2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah masuk tahun 2020, taktik ‘membayar’ orang pakai exposure  tu dah basi, alasan nak viralkan perniagaan orang tu memang dah lapuk kalau follower pun beli dan hasilnya tak seberapa.


Pokok pangkalnya seseorang itu melakukan perniagaan demi sara hidup diri. Ada seorang individu ini dakwa dirinya seorang influencer meminta perkhidmatan daripada seorang videographer untuk sebuah majlis perkahwinan.

 

Exposure/review tak boleh buat bayar teh o ais atau isi minyak kereta”

Dengan self proclaim dirinya seorang influencer dan menayang jumlah followers yang diraih sebanyak 6 angka itu, ia dijadikan ‘bahan’ utama untuk individu ini ‘pancing’ videographer itu untuk berikan tajaan penuh dan harga diskaun.

Tambahnya lagi, dia berharap agar dapat ringankan beban rakyat marhaen sepertinya. Tengok ni, habuan yang dia janjikan hanyalah sekadar review yang belum tentu boleh melariskan perniagaannya.

En7Mfpiu8Aenpko

Hurm, ringankan beban ya, kalau buat minta kawan sendiri ke saudara mara ke tak apa lah, ni kenal pun tak. Lagi pun kalau kenal sekalipun, kalau jadi manusia jenis ada sivik pasti takkan ambil kesempatan kan?

Kalau awak ada nama, jangan aniaya photographer/videographer yg sendu macam saya ye. Kalau awak minta agency yg besar, mungkin la diorg boleh consider sbb diorg ada capital besar”

Kalau nak kata pasal exposure,  videographer Azraaii ni pernah buat servis dekat orang yang macam ni sebelum ini dengan bayaran exposure daripada self proclaim influencer yang ada 1 Juta pengikut, tapi ia langsung dah membantu manikkan bisnes dia.

Bukan apa, dah pernah buat dua kali. Satu cover event ada 1M followers, end up takda satu job pun masuk dr event tu. Pernah cover artis, sampai ke sudah video tu takda khabar tunjuk mana, credit mana.”

Rasanya ramai je yang dah tahu bab-bab jumlah followers tak menjaminkan nama pun. Memandangkan tweet daripada Azraaii ni meraih lebih daripada 1,000 jumlah perkongsian, seorang influencer yang benar-benar legit, Hazeman Huzir sendiri tak gemar dengan budaya influencer ‘mengemis; ni.

 

Anda influencer? Bayar double’ Tengok ada yang berani ke tak nak ngaku diri sendiri influencer mintak benda free ni.” – Hazeman

Ramai yang bengang bila baca ayat daripada self proclaim influencer ni, menggunakan ayat “sebagai balasan” itu.

Malah cara dia approach orang pun buatkan ramai netizen yang tak suka. Hurm, jumlah follower sekarang dah tak relevan kalau nak dakwa diri tu influencer kalau follower tu beli. Eh!

 

Baca : “Jangan underpaid sudah” – Netizen Sokong Tweet Hazeman Huzir Pasal Isu Kerja dan Gaji

Hazeman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.