Hasrat seorang wanita untuk membawa bapanya bercuti di Pulau Redang, Terengganu bertukar menjadi pengalaman yang sukar dilupakan apabila layanan baik dan keprihatinan staf di sana menyentuh hati mereka.
Menerusi perkongsian di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Atiqa meluahkan rasa terharu melihat kesungguhan staf membantu bapanya yang merupakan penghidap strok setiap kali perlu turun dan naik bot.
Dalam video itu, dapat dilihat beberapa staf menghulurkan bantuan dengan salah seorangnya menggendong bapanya ketika keluar dari bot.
Menurut Atiqa, mereka sekeluarga menginap selama tiga hari dua malam di pulau tersebut dan sepanjang berada di sana, staf sentiasa tampil menghulurkan bantuan tanpa perlu diminta.
“Terima kasih staf Redang Mutiara, raikan dan mudahkan urusan kami bawa aboh masuk pulau.
“Wujud lagi ya orang-orang baik atas dunia ini… terharu, terima kasih pakcik-pakcik dan adik-adik staf Redang Mutiara,” tulisnya.
@atiqaramli8 Wujud lagi eh orang orang baik atas dunia ni rupanyaaaa aaaa terharu weyy, terima kasih pokcik pokcik adik adik staff redang mutiara🥹 Ada rezeki pasti datang lagi, service A++ makanan sedap vibes besttt overall rasa macam takmau balik dok sana eh🤣 @Redang Mutiara Beach Resort
Artikel berkaitan: “Semoga order tak berhenti masuk” – Netizen Terharu Tengok Food Rider Bantu Pakcik OKU Di Tengah Jalan
Artikel berkaitan: “Mas, apakah kamu merindukan ibu kamu?” – Netizen Terharu Lihat Cara Pramugara Layan Nenek 117 Tahun Dengan Penuh Kasih Sayang
Atiqa berkata, bapanya mengalami strok sekitar Februari tahun lalu dan tujuaannya membawa bapa bercuti di pulau itu sebagai terapi jiwa dan untuk memulihkan semangatnya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut berkongsi rasa sebak melihat layanan pihak staf kepada bapanya.
Netizen juga memuji sikap staf yang membantu dengan penuh keikhlasan, selain menyifatkan layanan sebegitu sebagai contoh terbaik dalam industri pelancongan.

Sumber: TikTok
