in

“Ini utk ayah” – Bapa Bantu Anak Hias ‘Bunga Duit’ Tanpa Tahu Itu Hadiah Untuknya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kasih sayang antara anak dan ibubapa tidak dapat disangkal lagi. Kita sebagai anak-anak, berusaha sedaya mungkin dengan niat untuk membahagiakan dan membalas jasa kedua ibubapa kita.


Begitu juga dengan cerita yang admin nak share dengan korang kali ni. Satu tweet viral telah mendapat perhatian netizen dimana seorang ayah membantu anaknya menghias hadiah. Apa yang ayahnya tak tahu ialah hadiah tersebut adalah untuk dirinya sendiri. Tengok hadiah apa yang dihias kat tweet oleh @chipchipnoi kat bawah ni.

 

Ini untuk ayah

Sebak rasa hati admin tengok ayah dia duduk macam tu. Terharu pun ada. Nampak innocent je ayah dia tolong hias sekali, padahal itu hadiah untuk diri sendiri.

Betul, selagi ada ibubapa, baik kita ambil kesempatan untuk berbakti kepada mereka. Jangan sesekali lupa dengan jasa mereka.

Admin terharu dan sebak tengok gmbar last tu. Tersentuh rasa hati. Haa.. jangan lupa minta maaf ye lepas dah bagi hadiah tu nanti. Tipu sunat pun kena minta maaf gak.

Selamat hari lahir pakcik. Semoga diberi kesihatan yang baik dan anak-anak yang sentiasa berbakti kepada pakcik.

 

Baca: “Macam PS I Love You” – Suami Buat Kejutan Bagi Isteri Bunga Setiap Kali Birthday & Anniversary Lepas Meninggal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.