in

“Ini sebenarnya niat awal saya” – Ustaz Ebit Perkenalkan ‘Food Bank’ Di Semua Cawangan Elewsmart

Cc 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Figura hebat Ustaz Ebit Lew sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat. Keperibadian beliau yang berhikmah dalam menyampaikan ilmu agama dan sering membantu golongan yang memerlukan menjadikan beliau disegani oleh orang ramai.


Pada Julai lalu, Ustaz Ebit telah memperkenalkan pasarayanya sendiri iaitu Elewsmart. Sehingga kini beliau telah berjaya membuka 10 cawangan di sekitar kawasan Lembah Klang.

C 4

Sejak awal pembukaan pasaraya ini, beliau telah pun menyatakan hasrat untuk membantu orang ramai dengan menawarkan harga barang yang lebih murah daripada pasaraya lain.

Terbaharu, niat baik beliau diteruskan lagi dengan menyediakan ‘Food Bank’ di semua 10 cawangan Elewsmart yang menyediakan barang keperluan asas secara percuma kepada orang ramai.

Antara barang keperluan yang disediakan adalah beras, gula, garam, tepung, mi segera, sardin dan minyak masak.

Berita baik ini telah dikongsikan sendiri di Instagram peribadi Ustaz Ebit.

View this post on Instagram

Doakan yer…FoodBank di semua cawangan @elewsmart menjadi asbab seramai mungkin orang dapat dibantu. Inilah antara niat saya mula-mula dulu buka elewsmart. Ingin cawangan elewsmart di setiap tempat. Di setiap elewsmart ada FoodBank. Mereka yang benar perlu boleh ambil sahaja. Free jer. Tanpa mengira bangsa dan agama. Buat mereka ingin memberi juga boleh. Setiap hari elewsmart akan letak semua barang asas di rak ini. Saya ingat dulu selalu tiada duit nak makan. Semua gaji niat beri dekat mak ayah di kampung. Sebab masa tu keluarga susah. Pernah sekali masa kerja orang selit rm2 dalam poket. Gembira sangat rasa. Sebab boleh makan nasi. Kami juga akan terus cari mereka yang memerlukan untuk dibantu. Semoga Allah permudahkan semuanya-ebitlew Saudaraku disebalik ujian ada rahmat FoodBank Take What You Need Give What You Can

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Beliau mengatakan hasrat ini telah pun diniatkan sejak awal pembukaan pasaraya ini.

“Inilah antara niat saya mula-mula dulu buka Elewsmart. Ingin cawangan Elewsmart di setiap tempat. Di setiap Elewsmart ada Food Bank. Mereka yang benar perlu boleh ambil sahaja. Free je. Tanpa mengira bangsa dan agama”

 

Pernah tak cukup duit nak makan

Dalam posting yang sama, beliau mengimbau kisah peribadi yang pernah tidak makan kerana gajinya banyak diberikan kepada ibu bapanya.

“Saya ingat dulu selalu tiada duit nak makan. Semua gaji niat beri dekat mak ayah di kampung. Sebab masa tu keluarga susah. Pernah sekali masa kerja orang selit rm2 dalam poket. Gembira sangat rasa. Sebab boleh makan nasi”

Beliau juga memberitahu bahawa ruang ‘Food Bank’ ini akan sentiasa menyediakan keperluan asas. Selain itu, orang ramai juga boleh menyumbang dengan berhubung terus dengan mana-mana cawangan Elewsmart.

Semoga Ustaz Ebit teruskan usaha untuk membantu orang ramai dan sentiasa dipermudahkan segala urusan.

 

Baca: Teruskan Bantu Orang Susah! Ebit Lew Terima Anugerah Khas Sempena Hari Belia Negara

C1 1 6

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.