in

Teruskan Bantu Orang Susah! Ebit Lew Terima Anugerah Khas Sempena Hari Belia Negara

A 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pendakwah dan usahawan terkenal, Ebit Irawan bin Ibrahim Lew atau lebih mesra dikenali sebagai Ebit Lew telah menerima Anugerah Khas sempena Hari Belia Negara 2020.


Anugerah tersebut disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam majlis Sambutan Hari Belia Negara 2020 yang berlangusng di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru.

Dengan rasa rendah diri, pendakwah yang berumur 36 tahun tersebut menyifatkan apa yang dilakukanya selama ini hanyalah sedikit jika mahu dibandingkan dengan bantuan orang ramai.

“Terima kasih Tan Sri Muhyiddin Yasin PM yang sangat baik hati. Tadi makan sekali. Segan pulak saya. Saya ni biasa-biasa je”

Syukur Alhamdulillah terima kasih semua atas doa dan anugerah. Tiada apa saya lakukan berbanding ramai orang. Hari ini…

Posted by Ebit Lew on Sabtu, 15 Ogos 2020

Turut serta dalam majlis tersebut ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican serta Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad yang turut serta menyampaikan anugerah tersebut kepada Ebit Lew.

OKU turut terima Anugerah Khas

Sementara itu, wanita orang kurang upaya (OKU) Norfarrah Syahirah Shaari, 32, menerima Anugerah Wira Belia Covid-19 yang pertama kali diwujudkan pada tahun ini.

Maxresdefault

Anugerah tersebut disampaikan kepada beliau selepas Norfarrah menyumbangkan pakai perlindungan diri (PPE) kepada frontliners.

Lebih mengagumkan, PPE tersebut dijahit hanya dengan menggunakan kaki kerana beliau kehilangan kedua-dua belah tangan.

Sumber: Berita Harian

 

BACA: Geng ‘Cyclist’ Buat Hal Lagi, Kali Ini Tinggalkan Kereta Di Kawasan Hospital Hingga Bas RapidKL Susah Nak Parkir

Cats 9

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.