in

“Ini negara Malaysia ke Hindu?”

Kulasegaran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Ini negara Malaysia ke Hindu?"
Loading
/

Baru semalam kecoh isu Menteri Kewangan, Lim Guan Eng keluarkan kenyataan dalam Bahasa Cina di laman Facebook, hari ni viral pulak video yang menunjukkan Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran yang dikatakan cakap Bahasa Tamil dalam satu sidang media rasmi. 


Rakaman sidang media yang diperoleh daripada Facebook live Astro AWANI tu paparkan Kulasegaran bersama Pengerusi Jawatan Pemerkasaan TVET, Nurul Izzah beri penerangan lebih lanjut tentang pengajian dalam Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional.

Tvet
sumber: bh

Tapi yang timbul kontroversinya kat sini bila Kulasegaran bercakap dalam Bahasa Tamil tanpa hiraukan Nurul Izzah dan pegawai-pegawai yang lain nampak terpinga-pinga tak faham apa yang dituturkan menteri tersebut. Eh ye ke ni?

Ni video yang sedang viral di Facebook sekarang:

Macam mencurah minyak ke api lepas kes Lim Guan Eng cakap Mandarin, netizen apa lagi mulalah mengecam kerana merasakan Menteri Sumber Manusia ni seakan-akan ketepikan Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu.

Kecaman Kula
sumber: facebook

Walau bagaimanapun, ada di antara netizen yang back up Kulasegaran dengan mengatakan kebanyakan orang tak tonton video penuh sidang media di Astro AWANI tersebut. Asalnya memang Kulasegaran beri kenyataan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. Namun bila media Tamil soal beliau dalam Bahasa Tamil, menteri ni balaslah dalam bahasa ibundanya. Ooo gitu! 

Yb Kula Tamil
sumber: facebook

Ni pulak video penuh YB Kulasegaran dan Nurul Izzah beri kenyataan dalam sidang media. Tak baik korang kecam-kecam tanpa usul periksa! 

Macam manapun kami harap netizen jangan cepat melenting tak tentu pasal sampai nak marah semua menteri kat Malaysia ni. Yang salah kita tegur tapi kalau benda tu tak salah, janganlah kita suka-suka tuding jari tanpa usul periksa. Siasat dulu betul atau tak isu tu.

Baca: “Kau menteri kerajaan Malaysia ke kerajaan China?” 

Ge

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.