in

“Kau menteri kerajaan Malaysia ke kerajaan China?”

Ge

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua orang sedia maklum yang Bahasa Kebangsaan kita, Bahasa Melayu kan? Tapi kenyataan yang dikeluarkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam dalam Bahasa Cina dah timbulkan respon negatif pelbagai pihak yang anggap Guan Eng tak martabat Bahasa Kebangsaan negara, lapor Malaysiakini.


Menteri Kewangan ni dikatakan nak pertahankan tindakannya keluarkan kenyataan dalam 3 bahasa termasuklah Bahasa Melayu, Inggeris dan Cina ketika bincangkan isu Tun Razak Exchange pada Khamis lepas.

Tapi apa yang lebih pelik, kenyataan Facebook yang keluarkan untuk pertahankan 3 bahasa tu hanya dikeluarkan dalam Bahasa Cina. Merungutlah kan bagi dorang yang tak faham Mandarin…

36188777 2126550450708378 8508756647793917952 N
sumber: facebook

Antara yang paling lantang mengkritik sampai komennya di Facebook Guan Eng jadi top di posting tu ialah bos hypermarket Mydin, Ameer Ali Mydin. Ini apa yang Ameer tulis:

“Semua kenyataan apabila dikeluarkan di Malaysia hendaklah terlebih dahulu dalam Bahasa Melayu, kemudian Bahasa Inggeris, selepas itu mana-mana bahasa lain (jika) perlu.

“Sekiranya anda berada di London, maka saya anggap anda akan mengeluarkannya dalam Bahasa Inggeris terlebih dahulu setelah itu terjemahannya boleh dibuat dalam Bahasa/ Bahasa Mandarin/ Perancis dan sebagainya.”

“Jika anda berada di China, maka pada sidang akhbar di China, saya fikir mungkin akan dikeluarkan dalam bahasa Mandarin dahulu, kemudian bahasa Inggeris dan lain-lain.

“Saya fikir ini lebih logik. Kami tidak pernah mempunyai masalah sebelum ini (dalam) 61 tahun yang lalu, kenapa buat sekarang?”

sumber: twitter 

Komen daripada Ameer ni telah mendapat pelbagai respon netizen sehinggakan timbul perbalahan sesama sendiri.

“Kau menteri kerajaan Malaysia ke kerajaan China?” 

“Konon statement Menteri Kewangan Malaysia, tapi tak guna bahasa kebangsaan untuk semua faham.”

Ada di kalangan netizen jugak menganggap pemikiran segelintir penyokong agak konservatif sebab tak boleh terima kepelbagaian bahasa dalam negara ni. Namun komen tersebut turut dikritik netizen. Ish ish ish tak pasal-pasal netizen bergaduh! 

Lim
sumber: facebook

Buat masa ni Guan Eng masih tak keluarkan apa-apa kenyataan berhubung teguran Ameer Mydin terhadap kenyataannya yang dikeluarkan dalam Bahasa Cina. Namun Guan Eng hanya tweet di Twitter peribadi yang beliau akan berkomunikasi dalam BM dan Inggeris serta sekali sekala dalam Mandarin kepada sesiapa yang bercakap dengannnya di platform tersebut. Aaa gitu! 

Lim 2
sumber: twitter 

Harap-harap isu ni tak berpanjangan lah ye. Kalau salah, eloklah YB mengaku salah dan cuba praktis keluarkan kenyataan dalam BM sepenuhnya. Anddd ada sesiapa paham Bahasa Cina tak? Translate kan kat admin apa yang YB Guan Eng cakap. Smiley Tongue Out

Baca: “Saya tak anggap diri saya orang Cina. Saya rakyat Malaysia.” – Lim Guan Eng

Guan Eng

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.