in

“Maafkan ibu sayang… ibu tak sengaja” – Ibu Anak Maut Dalam Kereta Dikecam Bertubi-tubi Oleh Netizen

Anak Mati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam tular sebuah berita mengenai seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut akibat sesak nafas selepas ditinggalkan dalam kereta selama empat jam oleh ibunya yang bertugas dekat sebuah kolej kemahiran di Batu 3, Port Dickson, lapor Berita Harian.


Anak 2
sumber: nst

Mangsa, Nur Awfa Humaisha Muhammad Ali Riduan, dikatakan sedang tidur di rumah sebelum ibunya Hasmah Masroh, 32, mengangkat anak kecil itu dan meletakkanya di tempat duduk belakang kereta Proton Saga miliknya dan bergerak ke tempat kerja.

Namun malangnya, Hasmah tidak sengaja terlupa akan keberadaan anaknya di dalam kereta itu dan membiarkan Awfa selama empat jam yang mengakibatkan kematian anak kecil itu akibat strok haba.

29176709 2123027987712371 390881327181725696 N
sumber: facebook
29177714 2123028107712359 972511244424577024 N
sumber: facebook

Kematian Awfa telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada Hasmah yang dilihat meraung di perkarangan bilik mayat Hospital Port Dickson (HPD) sehingga terpaksa ditenangkan ahli keluarga. Suasana hiba itu telah sebabkan hampir 30 rakan sekerjanya datang memberikan semangat kepada ibu mangsa turut mengalirkan air mata kerana terkesan dengan situasi itu.

Ibu minta maaf sayang, ibu betul-betul terlupa. Ibu tak ingat, ibu menyesal. Malam tadi Awfa okey saja, hari ini Awfa dah pergi tinggalkan ibu,” rintih Hasmah. 

Anak 1
sumber: nst

Pun begitu, penerimaan netizen terhadap isu ni agak mengecewakan sebab kebanyakan keyboard warriors menyalahkan ibu mangsa atas kecuaiannya dalam menjaga anak.

Antara komen netizen yang memenuhi media sosial:

^Bdcbb6382822C96B41E85720C600E42Ddcaba229587F7Acb4E^pimgpsh Fullsize Distr ^2Fc01A073F5C0504Efad2A7Ff9D477F837C85Ab70B9D780C55^Pimgpsh Fullsize Distr

^202B1B707B861Eb6095A8256Fc4B69D116315Be341568E206B^pimgpsh Fullsize Distr

^7796A50Cb2077E48C2C09D762A803Fda3019B58801C5938Bfb^pimgpsh Fullsize Distr
sumber: facebook

Jahatnya mulut! 

Namun perkara yang menimpa Hasmah telah mendapat respon seorang doktor bernama Taufiq Razif yang meminta orang ramai untuk berhenti mengecam ibu malang ini. Melalui posting yang dimuat naiknya, ibu mana yang mahu perkara sebegini berlaku pada anak yang disayangi dengan sengaja. Malah kejadian ‘terlupa’ ini sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa saja! 

Menurut Taufiq, situasi yang dinamakan ‘Forgotten Baby Syndrome’ ini boleh berlaku jika seorang ibu mengalami gangguan memori yang diakibatkan daripada kerja yang menimbun ataupun kalut dalam melakukan sesuatu.

Hal ini juga diakui seorang rakan Hasmah yang tidak mahu dikenali berkata, Hasmah mempunyai rutin yang serupa hampir setiap hari iaitu dengan menghantar anak sulungnya ke tadika di Port Dickson sebelum menghantar Awfa pulak ke rumah pengasuh dan terus ke tempat kerja.

Walau bagaimanapun, Hasmah yang mungkin stres akibat kerja terlupa menghantar Awfa dan terus ke kolej untuk memulakan kerja.

“Dia mungkin stres dengan kerja. Semalam mereka juga mendapat lawatan daripada Lembaga Peperiksaan yang mungkin mengganggu fikirannya,” kata rakannya kepada NST.

Anak 3
sumber: nst

Melalui posting di Facebook Dr. Taufik, dia ada menyatakan cara untuk mengelakkan perkara ini berlaku: 

  • Periksa tempat duduk belakang sebelum keluar kereta
  • Letak kasut pejabat di bahagian belakang supaya setiap kali sampai ke tempat kerja kita akan toleh ke belakang dulu
  • Jadikan rutin untuk periksa tempat duduk belakang sebelum kunci kereta
  • Letak mainan yang berbunyi kalau bawa bayi supaya kita alert ada bayi di belakang sana

Hentikan menghina dan mengecam ibu mangsa. Kita tak berada di tempatnya. Lebih baik kita doakan semoga ibu mangsa tabah hadapi dugaan yang menimpanya ini. Al Fatihah… 

Baca: Bayi Meninggal Tercekik Susu Kerana Bapa Leka Main Game Telefon Bimbit

Ibu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.