in

“Ini kucing ke slime?” – [VIDEO] Dengar Bunyi Mengiau Lama, Wanita Selamatkan Kucing Tersekat Dalam Motor

Page2 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di musim sejuk atau musim hujan, biasanya si bulus akan mencari tempat-tempat tertutup untuk mereka berselindung dan menghangatkan diri.

Kalau kucing peliharaan, sudah tentu tersedia tempat berlindung, Tapi kalau kucing liar, di mana-mana pun mereka boleh menyorok, asalkan mereka dapat elakkan diri dari kesejukkan.


Namun, baru-baru ini tular di Tiktok berkenaan seorang wanita terpaksa membuka bahagian hadapan motornya untuk menyelamatkan anak kucing yang berlindung di dalamnya. Aih, dalam sangat menyorok tu dik…

Pemilik video yang bernama Wawa itu menyatakan bahawa dia perlu ke bengkel untuk mengeluarkan anak kucing tersebut. Sebaik saja bahagian motor yang menempatkan nombor plat itu dibuka, mereka dilihat menarik si bulus mini itu keluar.

Si kucing cilik itu kemudiannya terpinga-pinga sebelum terus melompat lari, dikatakan kerana panik akibat terperangkap lama. Macam manalah dia boleh masuk dalam tu…

Menurut penjelasan wanita itu, bunyi mengiau itu telah didengarinya sejak pagi lagi, namun awalnya dia menganggap bahawa dia tersalah dengar. Namun menjelang malam, suara kucing itu semakin kuat hingga didengari oleh rakan-rakan wanita tersebut.

Setelah memerhati sekeliling motosikal hitam itu, barulah mereka terlihat ada kelibat kucing yang tersekat di dalamnya.

Klip ini tular di Tiktok dengan jumlah tontonan lebih satu juta, di mana kebanyakkan netizen tertanya-tanya dari mana kucing tersebut masuk ke dalam. Ada juga yang menganggap kucing ini sebagai makhluk cair seperti slime kerana kebolehannya menyelit di ruang kecil itu.

11 6 13 4 12 4

Nasib baik semua orang perasan. Kalau tak, entah berapa lama lah dia stuck dalam tu agaknya.

Sumber: Tiktok

Baca: [VIDEO] Lawak! Niat Minta Tolong Kucing Jiran Halau Tikus, Rupanya Dia Pun Lari!

14 3 1

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.