“Ini baru Malaysia” – Perbualan Dalam Mandarin Guru Melayu dan Murid India Ini Buat Netizen Tersengih

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kita mesti senang terpegun dengan kebolehan seseorang yang boleh bertutur lebih dari dua bahasa dengan fasih. Apatah lagi kalau kedua-dua bahasa yang dipertuturkan itu bukan bahasa ibunda atau mother-tongue mereka.

Ni ada satu video di mana seorang guru berbangsa Melayu dan seorang murid berbangsa India melakukan satu perbincangan. Apa yang menariknya ialah, kedua-dua mereka ni berkomunikasi dalam bahasa Mandarin. Cuba korang tengok video kat bawah ni.

Ini baru Malaysia!

Sikap muhibah ni lah yang kita patut pupuk dalam jiwa setiap dari kita yang bergelar orang Malaysia. Kan lebih harmoni kalau kita saling memahami dalam bahsa pertuturan.

Memang rare weh. Tapi untuk admin lah, kalau korang selalu tengok tu jangan lah bash pulak. Bagi peluang lah dekat admin ye. 

Iye betul. Kalau orang fasih cakap Bahasa melayu dengan fasih pun kita bangga. Takpe mungkin generasi akan datang akan lebih memandang hal ini dengan lebih kritikal, dan seterusnya sama-sama maju dengan Bahasa Kebangsaan kita. 

Betul, lagi-lagi kalau dorang fasih, yang betul-betul fasih. Tapi kalau pergi ke kampung-kampung, ada je orang Cina dan India yang boleh bercakap fasih dalam loghat kawasan tu. Contohnya dekat Kedah ada bangsa Cina yang fasih cakap Kedah, dan ada juga bangsa India yang fasih cakap Kelantan. 

Apa-apa pun dorang dua ni memang patut dapat pujian. Bukan senang nak kuasai bahasa baru. Memang power lah!

 

Baca: “Minta tukar cakap english, cakap balik” – Frust Boss Cakap Mandarin Masa Meeting Lelaki Ni Cipta Translator Sendiri

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.