in

“Minta tukar cakap english, cakap balik” – Frust Boss Cakap Mandarin Masa Meeting, Lelaki Ni Cipta Translator Sendiri

Translatorsendiri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memandangkan negara Malaysia ni ada berbilang bangsa, jadi masalah bertutur bahasa lain (bukan bahasa rasmi) di tempat kerja ni bukan satu perkara pelik kat negara kita ni.


Roshen Maghhan antara individu yang kena hadap dengan halangan sebegini, tapi dari situ idea dia mula tercetus untuk cipta satu peranti yang fungsinya sebiji macam Google Pixel Buds tu. Lebih mudah dan jauh lebih murah!

6 bulan lepas, Roshen bekerja di sebuah satu syarikat software development ni, rutin dia setiap pagi adalah kena ada meeting ringkas sebelum memulakan kerja harian.

Masalahnya dia jadi terpinga-pingan bila ex-boss dia tu banyak cakap bahasa Mandarin sepanjang meeting tu. Pernah je kena tegur tapi..

Banyak kali saya memintanya untuk bercakap dalam bahasa Inggeris, mereka buat, tapi lama-lama dia bercakap bahasa Mandarin balik, dan saya percaya yang ia tidak disengajakan, sebab mereka sangat baik”

Nak bagi tahu awal-awal cerita ni tak ada kaitan dengan isu perkauman, jadi jangan salah anggap.

Balik kepada cerita tadi, disebabkan masalah ni memang dah tahap tak dapat di bendung dia pun baru teringat yang Google ada buat satu produk yang dipanggil Pixel Buds.

Kalau tak tahu Pixel Buds tu apa, ia adalah peranti yang boleh tukar bahasa secara langsung”

Taaapiii, korang tengok harga dia.

Nak pakai alternatif guna Google Translate daripada phone tak berapa membantu sangat. Jadi, dia pun buat la research sikit.

Saya menyedari ia sebenarnya cukup mudah, saya  ingin memastikan ia dapat berfungsi pada setiap platform (Android, IOS, Desktop).”

Jadi ia akan berasaskan web juga, saya ingin memastikan ia boleh berfungsi dengan mana-mana earphone berwayar atau tanpa wayar, asalkan ada  mikrofon.”

 

Jadi inilah fon telinga yang saya akan gunakan (atas)  Anda boleh mendapatkan kunci API (application program interface)  di laman web developer, dan bayaran dikenakan , tapi tak mahal pun”

Memandangkan Roshen seorang ada latar belakang computer programming dia menggunakan kemahiran yang dia peroleh itu untuk menghasilkan aplikasi dia sendiri dan inilah hasilnya

Bak kata pepatah alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan, dia advance kan lagi aplikasi dan peranti yang dia buat untuk orang-orang pekak.

 

Tapi, dia masih lagi dalam tempoh percubaan, tapi produk ini membantu serba sedikit dalam sesebuah perbincangan jika masalah ini terjadi.

Ramai netize yang salute dengan kegigihan anak muda Malaysia ni membuat satu reformasi yang mungkin boleh mengharumkan nama negara kelak.

 

Baca: 4 Gadis Bertudung Cipta Nama Di Asia’s Got Talent, Ternganga Penonton & Juri Dengar Nyanyian Mereka!

Agt

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.