in

Ini 7 Simptom Kesihatan Yang Tak Patut Diabaikan Oleh Kaum Lelaki!

Untitled Design 2 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kesihatan tubuh badan merupakan satu nikmat yang perlu dijaga sepanjang masa. Memanglah, kalau tak sihat kerja akan tergendala dan nak luang masa dengan kawan pun tak boleh. Baik lelaki atau perempuan, tua atau muda, semua kena ambil peduli pasal kesihatan korang tau!


Namun, untuk artikel kali ni, min tulis khusus untuk para lelaki di mana simptom dan tanda-tanda sakit ni korang tak boleh ambil ringan! Sebabnya, walaupun cuma sakit sikit je, ia mungkin boleh jadi lebih serius kalau korang buat tak endah je.

1. Sakit dada

Ddadadad

Yang ni min yakin sebab mesti ramai pernah kena kan? Tapi, jangan risau sebab tak semua sakit dada yang korang rasa tu boleh jadi serius. Walaupun begitu, ia merupakan antara penyebab utama ramai lelaki meninggal dunia tau!

Kalau sakit dada tu datang dengan gejala lain seperti sesak nafas dan berpeluh, korang kena cepat-cepat pergi jumpa doktor. Sebabnya, menurut Dr. Brett A. White, ia boleh jadi tanda kekurangan bekalan darah ke jantung dan boleh menyebabkan serangan jantung yang memautkan.

Artikel berkaitan: Lelaki Gelandangan Buat Doktor Terkejut Dengan Kesihatannya, Masih Baik Walaupun Dah 67 Tahun Tak Mandi

2. Kejengkelan dan kemarahan melampau

Mamam

Marah atau terasa ‘annoyed’ adalah perkara biasa dalam kehidupan seharian. Namun yang luar biasanya ialah bila sorang tu asyik nak marah je. Ia mungkin terjadi disebabkan kadar testosteron yang rendah atau masalah kesihatan mental.

Boleh jadi, sorang lelaki yang cepat marah sebenarnya sedang alami kemurungan dan tekanan hidup. Jadi, bagi korang yang ada masalah yang melibatkan mental, korang jangan segan-segan nak jumpa pakar terapi untuk terima rawatan.

3. Peningkatan atau penurunan berat badan secara tiba-tiba

Bebebe

Jangan seronok bila berat badan korang boleh berubah walaupun tak buat apa-apa exercise ataupun jaga pemakanan. Lagi-lagi, bila ia berlaku dalam tempoh yang singkat tak seperti kebiasaannya.

Kalau korang naik atau hilang berat badan lebih daripada 2.26 kilogram tanpa buat perkara yang menyumbang ke arah itu, ia mungkin tanda-tanda korang sedang menghidap gangguan hormon tiroid sama ada ia tidak aktif atau terlalu aktif. Hormon ni amat penting untuk fungsi jantung.

Jadi, kalau ada masalah sebegini, ia akan membawa kepada masalah tekanan darah tinggi dan kegagalan jantung berfungsi.

Artikel berkaitan: 1 Daripada 117 Lelaki Berisiko Menghidap Kanser Prostat, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

4. Rasa kebas atau kesemutan

Kwbas

Dekat sini siapa yang pernah rasa kesemutan ni? Yang pastinya, ia tak sakit namun boleh bawa bahaya pada kesihatan kita. Keadaan ni boleh terjadi pada lengan, tangan dan kaki korang yang disebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti radang sendi dan kencing manis.

Risiko boleh jadi lebih tinggi bagi atlet atau lelaki yang kerap mengalami kecederaan yang berlebihan. Disebabkan itu, mereka mungkin menghadapi sindrom saluran keluar toraks yang boleh mendatangkan kelumpuhan kekal dan gangguan dalam aliran darah.

5. Mulut kering

Mumum

Normalnya, mulut kering ni berlaku bila kita kurang minum air. Lagi-lagi, bila cuaca panas dan terik yang memerlukan pengambilan air yang lebih banyak. Namun, apa yang tak biasanya ialah bila keadaan ni berlaku disebabkan ubat yang korang makan.

Selain boleh buat nafas korang berbau, mulut kering ni juga merupakan tanda-tanda penyakit bahaya seperti Alzheimer, Parkinson dan juga hipertensi.

6. Disfungsi erektil

Herererer

Memang tak dinafikan, gejala yang lebih dikenali sebagai mati pucuk ini merupakan perkara yang ‘taboo’ bagi para lelaki. Ia boleh berpunca daripada gaya hidup seseorang atau tekanan yang dialaminya. Namun, ia juga boleh menjadi tanda kepada masalah serius seperti hormon tak stabil dan penyakit kardiovaskular.

Apa yang mengejutkan, sebuah kajian di Malaysia menyatakan 69.5 peratus lelaki yang berumur 40 hingga 79 tahun mengalami mati pucuk ini. Bukan tu je, seawal 18 tahun pun boleh terkena tau! Baik berubat, sebelum terlambat.

7. Sakit leher atau bahu 

Neck And Shoulder Pain 1

Gejala sakit ni memang kerap dialami lelaki kerana selalu buat kerja-kerja yang berat. Namun, yang menjadikan ia serius ialah bila sakit tu berdenyut walaupun korang tak pernah alami trauma dekat bahagian ini.

Tambahan lagi, itu mungkin menjadi punca saluran darah dan saraf antara tulang selangka dengan tulang rusuk korang menjadi mampat dan sempit. Walau bagaimanapun, keadaan ni biasanya berlaku pada usia tua disebabkan pergerakan serta kerosakan tulang rawan dan sendi yang banyak.

Sumber: StarsInsider

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.