in

1 Daripada 117 Lelaki Berisiko Menghidap Kanser Prostat, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Kanser Prostat Lelaki

Prostat adalah salah satu daripada organ pembiakan orang lelaki sebesar bola pingpong yang merupakan kelenjar yang terletak di belakang dasar kemaluan lelaki. Ia merupakan salah satu daripada organ pembiakan lelaki. 

Antara fungsi utamanya ialah menghasilkan air mani untuk memudahkan pengeluaran sperma daripada kemaluan lelaki.

Menurut portal MyHealth, prostat biasanya membesar bila usia lelaki meningkat tua, ini dipanggil Benign Prostate Hyperplasia (BPH). Ia bukannya kanser walaupun gejala-gejala yang dihidapi adalah menyerupai dengan kanser prostat.

National Cancer Institute I7Vl3Yc Vbi Unsplash

Apakah itu Kanser Prostat?

Kanser prostat ialah ketumbuhan berbahaya yang bermula dari dalam kelenjar prostat. Ia merupakan kanser ketiga yang paling biasa di Malaysia dengan risiko seumur hidup 1 daripada 117 lelaki.

Menurut laman Hello Doktor, daripada segi puratanya, setiap 1 daripada 9 orang lelaki akan mengalami kanser ini pada umur 66 tahun. Pun begitu, penyebab utama masih tidak diketahui namun faktor seperti umur, sejarah keluarga dan hormon boleh meningkatkan pembentukan kanser. 

Seperti masalah kanser yang lain, perubahan awal pada organ prostat yang melibatkan kanser tidak menunjukkan sebarang simptom.

Linkedin Sales Solutions Zn2Auvfburk Unsplash

Namun, gejala-gejala kanser prostat yang boleh diperlihatkan oleh individu yang mengalami penyakit ini termasuklah:

  • Aliran air kencing yang tidak lancar.
  • Rasa hendak buang air kecil kerap kali pada waktu malam.
  • Sakit atau pedih semasa buang air kecil.
  • Sakit semasa ejakulasi 
  • Darah dalam air kencing atau air mani.

KKM menerusi perkongsian di portal mereka menyarankan mereka yang mengalami gejala seperti di atas supaya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Selain itu, turut dikongsikan infografik tentang langkah-langkah pencegahan yang boleh diikuti.

Risalah Kanser Prostat Depan Final 040319

Justeru, para lelaki di luar sana diminta lakukan saringan dan pengesanan awal kanser dan harus mempunyai kesedaran tentang bahaya tersebut.

Salah satu acara amal yang lakukan kesedaran tentang kanser prostat adalah The Distiguished Gentleman’s Ride (DGR) yang diadakan seluruh dunia dan salah satu negara yang menyertai acara tersebut adalah Malaysia. 

Dgr22 Pic1 1

Tahun ini, DGR 2023 akan diadakan di Lalaport dan 7 lagi bandar lain seperti Pulau Pinang, Johor, Kuching dan lain-lain pada 21 Mei 2023. Salah satu kelab yang akan mewakili negara adalah Throttle Riot MC.

Kalau ada antara anda yang berminat nak sertai diorang untuk DGR kali ni, boleh daftar di sini : Throttle Riot  MC.

Image 13

Selain ride, ada juga acara pengumpulan dana bagi penyelidikan terhadap kanser ke-3 paling banyak dihidapi para lelaki di Malaysia tersebut selain pelbagai acara menarik yang bakal diadakan di Lalaport bermula 20 Mei 2023. 

Antara yang menarik termasuklah persembahan artis seperti Margasatwa, SATWO, KAPOW, An Honest Mistake dan ramai lagi. Selain itu, akan diadakan juga acara jualan dan pameran automotif dan juga barangan vintaj.

Tak lupa juga, ada pelbagai aktiviti di Lalaport nanti seperti cabutan bertuah, anugerah pakaian terbaik dan bazar jualan pelbagai barangan dan bermacam-macam lagi.

Jadi kalau korang tak ada apa-apa aktiviti pada tarikh yang min cakap tadi, apa kata korang ke Lalaport dan enjoy event yang diadakan di sana.

Sumber: MyHealth
Sumber: DGR