in

“Ingatkan tidur” – Budak 7 Tahun Terkena Kejutan Elektrik Kerana Guna Telefon Nenek Masa Tengah ‘Charge’

640 80A7148E8264C0F1D65A08Ef478918A9 1

Dalam dunia serba canggih sekarang, mengecas telefon merupakan sebahagian dari rutin harian kita. Kita tinggalkan telefon di rumah sementara kita keluar untuk selesaikan beberapa perkara dengan harapan, bila kita balik, bateri telefon akan penuh.

Tapi lain bagi nenek ini, dia pulang ke rumah hanya untuk menemui sesuatu yang akan sentiasa menghantui hidupnya…

Menurut Tribun News, pada hari Jumaat lepas, Ruth ingin keluar untuk memasukkan lembu ke dalam kandang berhampiran rumahnya. Sebelum dia keluar, dia sempat melihat cucunya Alfani sedang bermain sendirian pada pukul 5 petang.

Apabila dia tiba di rumah pada pukul 6 petang, dia melihat cucunya seperti sedang tidur di atas lantai di ruang tamunya tanpa memakai baju.

Malangnya, ketika Ruth mahu mengejutkan Alfani, tangannya terkena renjatan elektrik apabila bersentuhan dengan kulit cucunya.

Panik melihat keadaan cucunya yang kejung sambil memegang telefon, Ruth menjerit meminta pertolongan. Jeritan ini didengari oleh jirannya Wendi Sabuna dan beberapa orang lain.

640 6Efe69B970E26A6Aa612E7C521D47108

Saat Wendi melihat keadaan Alfani, dia terus menutup bekalan kuasa rumah tersebut dan melepaskan telefon yang masih utuh dalam genggaman Alfani.

Polis yang tiba di tempat kejadian mengesahkan kematian Alfani adalah berpunca dari kejutan elektrik yang dialaminya semasa dia menggunakan telefon neneknya yang sedang dicas.

Menurut Ruth, telefonnya telah disimpan di dalam almari kerana telah kehabisan bateri. Namun, semasa Ruth keluar, Alfani telah mengambil telefon tersebut dan mengecas telefon itu sambil menggunakannya.

640 9E8E8257E39Cfab644Fafd0713Acadfa

Kedua ibu bapa Alfani yang bekerja di Jakarta telah diberitahu tentang keadaan anaknya dan jenazah Alfani akan dikebumikan berhampiran rumah neneknya di Desa Hane, Tenggara Timur, Indonesia.

Ini bukan pertama kali kejadian seperti ini berlaku. Jadi, tolong hati-hati selepas ini dan yang penting pastikan kanak-kanak jauh dari soket elektrik.

 

Baca: Cas Handphone Semasa Tidur, Remaja 14 Tahun Mati Terkena Renjatan Elektrik

Screenshot 2019 03 20 At 12.06.46 Pm