in

“Ingatkan air…” – Sibuk Sangat Main PUBG, Lelaki Hampir Mati Terminum Asid

Collage

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang mesti ada baca banyak cerita pasal orang ketagih game kan? Ada yang mati kelaparan sebab main game sampai lupa nak makan atau minum hingga berhari-hari, ada pula yang bercerai kerana banyak sangat main game dan macam-macam lagi.

Baru-baru ini, seorang lelaki dari India hampir mati akibat terlalu ‘asyik’ main PUBG! Lelaki berusia 25 tahun dari Chhindwara ini telah terminum asid yang disangka air minuman. Yang hang pi letak asid dalam botol air tu pasaipa?


Pubg Mobile De22B

Menurut doktor yang merawatnya, Dr Manan Gogiya, kejadian ini berlaku semasa lelaki ini sedang bermain PUBG di halaman rumahnya, lapor Times of India.

“Botol asid diletakkan berhampiran dengannya, kerana terlalu ‘sibuk’ bermain game, dia telah minum asid yang disangka air minuman. Keadaannya menjadi bertambah buruk dan dia tak boleh makan sehingga dia hilang 5-6kg berat badan dalam masa beberapa hari.”

Dr Manan juga memberitahu yang perut lelaki ini penuh dengan ulser dan memerlukan pembedahan. Tapi nasibnya baik, sebab, lepas pembedahan, keadaannya beransur pulih.

Nak dijadikan cerita, doktor yang membedahnya ini macam tak percaya perkara ini boleh berlaku. Apa yang buat dia lagi terkejut, sepanjang rawatan, lelaki ini memang tak boleh stop tengok handphone. Memang tak makan saman!

“Ketika dirawat, dia masih busy main macam-macam game. Kalau tak main game, dia akan tengok movie melalui handphone-nya.”

Zaman sekarang, memang kita sangat memerlukan telefon pintar kita. Tapi kalau boleh berpada-padalah, jangan sampai tak ingat dunia.

 

Baca: “Kejap, nenek main PUBG ni” – Netizen Suka Tengok Gelagat Nenek 74 Tahun Layan Cucu Main PUBG

Screenshot 2019 03 11 At 11.17.56 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.