Siapa je taktau kewujudan game telefon PUBG tu kan? Walaupun tak main game tu, admin pasti semua orang pernah dengar, betul tak? Zaman sekarang kalau lepak kedai je, mesti penuh meja satu geng pegang phone, haa tengah PUBG berjemaah lah tu!
Tapi, jangan korang taktau. Bukan setakat orang muda je yang suka game ni, rupa-rupanya warga emas pun pandai main tau! Baru-baru ni, video seorang warga emas bermain PUBG viral lepas cucu dia upload dekat Instagram.
Dalam video tu, korang boleh nampak yang nenek berusia 74 tahun tu tengok syok melayan cucu perempuan dia main PUBG.
“Nenek lama dah tak main, rindu nak main (PUBG Mobile). Nenek nak cari pistol… nak tangkap pencuri. Nanti sekejap nenek tengah main.”
https://www.instagram.com/p/BrXgMi4FDwp/
Menurut mStar, video tu dimuat naik oleh suami cucunya, Mikhail Isaaq Mohd Rozi, 23, Jumaat lepas. Dalam video tu, nenek yang dikenali sebagai Sharifah Hasiah Syed Hitam tu tengah bermain PUBG bersama isteri Mikhail, Siti Hajar Mohamad Hanif, 22, dekat dapur rumah pasangan tersebut.
Kata Mikhail, nenek Sharifah sebenarnya menetap di Pasir Mas, Kelantan dan berada dekat Kuala Lumpur untuk melawat saudara yang tengah sakit.
“Ketika dia tinggal di rumah kami, isteri saya ajar dia bermain PUBG Mobile dan dia pun seronok mencubanya.”
Tapi, korang janganlah salah faham pula. Nenek Sharifah bukan ‘kaki game’, cuma dia sekadar nak cuba untuk suka-suka saja. Comel je tengok Nek Sharifah sporting layan cucu dia.