in

“Ingat kelakar ke?” -Netizen Kesian Tengok Singa ‘Struggle’ Nak Bersihkan Diri Lepas Muka Kena Baling Kek Birthday

Collage 46

Haiwan liar atau buas, tempat dorang dekat habitat sendiri, bukan dijadikan “badut” di sarkas atau disimpan di rumah untuk dijadikan haiwan peliharaan.

Kita selalu perhatikan orang kaya selalu show off yang dorang bela singa atau harimau di rumah mewah dorang. Lebih-lebih lagi, di negara-negara timur tengah.

14411414 7108191 Image M 39 1559751732649

Baru-baru ini, tular di media sosial bila satu video menunjukkan sekumpulan lelaki dari negara timur tengah celebrate birthday singa belaannya.

Masa dorang tengah nyanyi lagu birthday, tiba-tiba owner singa ni merasakan yang ia akan jadi kelakar untuk tepek muka singa tu dengan kek yang dipegangnya. Seriouslah?

14411408 7108191 The Video Sparked Fury Online With Comedian Ricky Gervais Writin M 37 1559751715454

Lepas kek ditepek ke mukanya, boleh nampak singa malang ni struggle nak bersihkan mukanya sambil berlari disekeliling bilik tersebut manakala orang-orang dekat situ boleh gelak je tengok singa ni struggle macam tu.

Netizen yang menonton video ini juga turut meluahkan rasa geram dorang dengan tindakan tak masuk akal lelaki tersebut.

Lion 1 Lion 2 Lion 3

Untuk pengetahuan korang, menurut Daily Mail, owner yang bela singa ni merupakan seorang aktivis yang membela nasib haiwan tau! Macam mana boleh buat macam ni?

Selepas video ini mendapat kecaman pelbagai pihak, lelaki tersebut mengeluarkan kenyataan mengaku tindakan membaling kek tersebut kepada singa “kesayangannya” itu adalah salah.

Saya biarkan keterujaan mengatasi saya dan saya minta maaf pada sesiapa yang terkesan dengan perkara ini.”

Lelaki ini berkata yang dia menyelamatkan singa ini selepas terjumpa ia lemah dan bersendirian di hutan. Lelaki ini juga menambah, dia akan melepaskan haiwan peliharaannya itu bila ia dah bersedia untuk pulang ke hutan.

Korang boleh tengok video penuh dekat sini.

Nama je aktivis tapi buat macam ni dekat singa tu. Siap gelak bukan main lagi. Tak fikir ke singa tu tak tahu apa-apa? Nasib tak kena terkam. 

 

Baca: “Lamanya diseksa” – Gajah Kontroversi ‘Tikiri’ Akhirnya Mati, Lepas 70 Tahun Diseksa Jadi Hamba

Screenshot 2020 01 22 At 11.21.20 Am