Sewaktu bercinta semuanya indah, kentut yang busuk pun dikata wangi. Tu belum part korek hidung di tempat awam, pun dikata comel..Alah ingat min tak tau ke zaman bercinta korang.
Tapi macam mana kalau kekasih korang tu sebenarnya dari sama jantina? Dah kekasih korang selama ini menyamar jadi jantina berbeza semata-mata untuk mengaburi mata korang? Terkezut tak?
Kekasihku ‘wanita berloceng’?
Kes ini dilaporkan berlaku di Wilayah Kalimatan Tengah, Indonesia. Itu pun selepas pasangan lelaki dan wanita berhijab ini ditangkap polis sewaktu sedang bercumbu di sebuah taman awam..Kalau tak bercumbu tak kantoi lah?
Menurut laporan Borneonews, Rizki Budiansyah, 26 dan kekasihnya Lauren, 21 tahun telah menjalin hubungan cinta selama 8 bulan.
Jurucakap polis, Hermon F Lion berkata ketika pasangan tersebut ditangkap, polis meminta kad pengenalan pasangan itu sebelum mendapati kad pengenalan Lauren tertera yang ‘dia’ seorang lelaki..what?? Lelaki? Bertelo la maksudnya?
Malah Lauren juga mengaku yang dia sebenarnya lelaki tapi mengenakan pakaian seperti wanita malah siap bertudung lagi.
Pengakuan Lauren itu memang buatkan Rizki terkejut besar sebab dia tak tahu yang sebenarnya kekasihnya itu seorang ‘pondan’ meskipun telah 8 bulan jalinkan hubungan percintaan..siapa tak terkejut kan!
Saya sangat menyesal, ternyata Lauren yang putih, gebu, badan melentik dan tinggi lampai adalah seorang lelaki
Rizki yang berasal dari Desa Pasir Panjang, Kabupaten Kotawaringin kira-kira 1,300 kilometer dari Jakarta berkata Lauren ni tak bekerja dan akan datang ke Pangkalan Bun semata-mata untuk bertemu dengannya.
Mereka hanya sempat jumpa dua kali sebulan kerana jarak tempat tinggal masing-masing yang agak jauh.
“Setiap kali bertemu, dia akan memakai tudung, tiada sedikit pun kelakuannya yang mencurigakan dan dia memang nampak seperti seorang perempuan.”
“Namun baru saya tahu, ternyata Lauren yang putih, gebu, badan melentik dan tinggi lampai adalah seorang lelaki. Saya sangat menyesal pak,”
Apa yang mengejutkan sewaktu polis jalankan pemeriksaan ke atas Rizki dan Lauren, mereka mendapati pil hormon dan sebotol minyak pengasih dalam beg tangan Lauren.
Itu minyak buluh perindu, jangan dibuka.”- Lauren
Malah ‘wanita’ itu turut mengaku yang dia telah memperdayakan Rizki di media sosial.
Bagaimanapun Rizki dan Lauren dibebaskan selepas diambil keterangan. Malah pasangan itu turut diberi amaran supaya tidak mengulangi perbuatan tidak senonoh itu lagi.
Fuhhh min yang baca pun berdebar, apatah lagi Rizki. Apa la agaknya khabar dorang yer?