in

“Indahnya bermadu jika kedua-duanya ikhlas” – Netizen Puji Keakraban Datuk Nurulhidayah dan Madu

Hidayah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Makcik pakcik bawang sekarang tengah kecoh dok korek kisah Intan, Ude dan Izreen. Mana taknya, boleh dikatakan cerita dorang ni antara cerita sensasi untuk tahun ni. Lagi-lagi lepas keluar kenyataan daripada Ude, untuk mintak bekas isteri dia tu berhenti buat drama air mata, fuhhh lagi meriah makcik pakcik bawang ni bergossip.


Boleh dikatakan lepas je daripada kejadian dorang ni, makin ramai golongan wanita yang tak sokong poligami ni. Ehhh of course! Bila isteri pertama dah bagi green light, eh ehh yang menumpang ni pulak yang melebih-lebih kan!

Img 20180324 150518
sumber: instagram

Namun disebalik itu, sebenarnya madu tu indah kalau kita terima dengan hati yang terbuka. Korang tengok jelah isteri-isteri Ashraf Muslim tu, haa happy sokmo kan. Tapi tak boleh dinafikanlah, mesti ada pahitnya tapi dorang ni for sure ambil dari sudut positif.

Sama macam wanita ni, Datuk Nurulhidayah, 39 tahun, iaitu anak kepada Timbalan Perdana Menteri kita, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang kisahnya sebagai isteri kedua bukannya rahsia lagi. Umumnya kita semua memang tahu pasal ni kan. Banyak gambar dia dan madu dikongsikan di laman Instagram masing-masing.

Img 20180324 150345
sumber: instagram

Tapi dek kerana terlalu banyak gambar dorang yang dikongsikan, pastinya ada golongan-golongan bawang ni yang mempersoalkan ‘dalam hati siapa yang tahu’. Ehh ehh kongsi salah, tak kongsi salah! Malah ada jugak yang beraninya cakap dorang ni berlakon je sebenarnya. Haihhhh!

Sehubungan daripada itu, madunya, Datin Bahazanariah Baharudin, 48 tahun, keluarkan kenyataan di Instagramnya dengan jelaskan perkara sebenar kerana mungkin dah tak tahan terima komen-komen negatif netizen ni.

“Saya tak pernah ada adik perempuan dan  saya anak sulung dari lima adik beradik yang semuanya lelaki. Nurul sebagai madu tapi lebih kepada seorang adik yang sentiasa cetuskan gelak dan ketawa bila bersama”

Img 20180324 150445
sumber: instagram

Bahazanariah bagitahu lagi, dia dan Nurul jadikan bermadu ini sebagai ibadah yang menyeronokkan untuk dorang supaya suami mereka tu boleh memimpin keluarga dorang dengan lebih tenang dan mudah.

“Terpulang kepada orang untuk anggap hubungan ni hanya pura-pura. Alhamdulillah kami bahagia”

Nurul turut balas kata-kata daripada madunya tu menerusi Instagram miliknya, dengan ucapkan terima kasih sebab terima dia dan harap dorang sentiasa bahagia sampai ke Jannah. Alahai terserlah keikhlasan masing-masing kat situ…

Perkongsian mereka berdua ni rata-ratanya dapat pujian daripada netizen. Ramai netizen yang jadikan dorang ni sebagai contoh, dan ada juga yang doakan supaya dorang sentiasa hidup bahagia bersama. Aminnn..

Haaa bawang-bawang sekalian, cukuplah tu dok cakap pasal dorang ni ehhhh!

Baca: Akibat Pilih Untuk Bermadu, Izreen Azminda Dapat Kritikan Hebat Daripada Netizen

15 56 31 Featured Izreen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.