in

“Ikut arahan siapa sekarang ni?” -Peniaga Keliru Kenyataan Bercanggah KJ, Ismail Sabri Pasal HIDE

Kj Is

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua kenyataan berbeza daripada Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkenaan senarai hotspot atau kawasan yang dikenalpasti sebagai lokasi berisiko penularan kes Covid-19 (HIDE) semalam mencetuskan kekeliruan dalam kalangan peniaga terutamanya pemilik premis yang terlibat. 

Untuk pengetahuan, sistem HIDE adalah analisis Data Raya dan kecerdasan buatan (AI) yang membuat ramalan ke atas sesebuah premis yang berpotensi menjadi titik panas penularan COVID-19 dalam jangka masa 7 hari. 


Analisis dibuat menggunakan daftar masuk mySejahtera

Arahan Tutup 3 Hari

Menurut laporan Bernama, Datuk Seri Ismail Sabri mengarahkan kesemua premis yang tersenarai dalam sistem HIDE ditutup serta merta selama tiga hari.

Apa yang mengelirukan ramai adalah, kenyataan menteri kanan berkenaan adalah bercanggah sama sekali dengan jawapan yang ada pada bahagian ‘Soalan Lazim’ mengenai HIDE dan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Khairy Jamaluddin.

Hide

Selain itu, kekeliruan juga wujud dalam kalangan pengusaha serta peniaga yang mana premis mereka tersenarai dalam sistem HIDE ini kerana pada awalnya, kerajaan mengumumkan penutupan serta merta berkuatkuasa pada 9 Mei sebelum pada ditukar kepada 10 Mei.

Dd

Keputusan yang dibuat sebelum lewat tengah malam 8 Mei tersebut kemudian berubah kepada 9 Mei semula. Rata-rata peniaga dan orang ramai kelihatan keliru dan semestinya terpaksa mengubah perancangan mereka saat akhir kerana keputusan yang berubah-ubah ini.

Cc 1

 

Kenyataan Siapa Yang Betul Sebenarnya

Persoalannya, adakah pusat membeli-belah yang disenaraikan di bawah sistem HIDE ini akan ditutup dengan segera selama tiga hari?

Bb

Difahamkan, ini bukanlah kali pertama berlaku percanggahan kenyataan mengenai perintah kawalan pergerakan (MCO).

Menerusi senarai yang dikeluarkan, ada terdapat 151 lokasi titik panas penularan COVID-19 yang tersenarai di sistem HIDE dan ini termasuklah pusat beli-belah terkemuka, pasar raya besar, pasar awam, rangkaian pasar mini terkenal serta bazar Aidilfitri.

Sumber : The Edge

BACA : Kawalan Ketat di Federal Highway Sejak Semalam, Hantar Kuih & Baju Raya Antara Alasan Pemandu

Hide 2

Sumber: MOSTI
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.