in

Kawalan Ketat di Federal Highway Sejak Semalam, Hantar Kuih & Baju Raya Antara Alasan Pemandu

Ft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang dijelaskan oleh Menteri (Kanan) Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Selangor dan Kuala Lumpur kini dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Merentas daerah dan negeri sama sekali tidak dibenarkan namun Lebuhraya Persekutuan sesak semalam selepas ramai yang cuba melanggar SOP tersebut.


Menurut Harian Metro, pihak polis telah mula mengadakan sekatan jalan raya (SJR) bermula semalam di beberapa lokasi dan antara yang mendapat tumpuan media adalah di Lebuhraya Persekutuan yang dilihat sesak di kedua-dua arah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata pihaknya mendapati pengguna jalan raya memberikan pelbagai alasan tidak munasabah dalam cubaan untuk merentas daerah dan negeri tanpa memiliki surat kebenaran.

Kami sudah mulakan (sekatan jalan raya) daripada semalam (9 Mei) dan mendapati setakat ini masih ramai pengguna jalan raya yang berdegil untuk merentas negeri dengan tujuan tidak sepatutnya dan mereka diarahkan untuk berpatah balik.”

Hm

Katanya lagi, mereka yang tidak mempunyai surat kebenaran bagaimanapun tidak dikenakan kompaun, sebaliknya hanya diarahkan untuk berpatah balik. Namun, jika sekiranya ada pemandu yang ingkar dengan arahan itu, tindakan kompaun akan dikenakan serta merta tanpa kompromi.

Antara alasan yang diberikan pemandu ketika ditahan polis di SJR itu adalah mahu menghantar baju dan kuih raya.

Antara alasan mereka seperti hantar baju ke rumah kawan di Shah Alam, beli barang, bawa keluarga untuk beli-belah di kawasan Shah Alam.”

Bagi melancarkan trafik pada waktu hari bekerja, pihaknya akan membuka laluan tambahan namun pemeriksaan ketat tetap dijalankan seperti biasa.

Orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta arahan PKP yang telah dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Baca: Situasi COVID-19 Di Malaysia Jadi ‘Pengajaran’ Di Indonesia

Cats 32

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.