in

“Ikhlasnya suara!” – Netizen Cair Tengok Waiter Hotel Terkemuka KL Nyanyi Lagu Hari Jadi Kepada Customer

Feature Birthday Full

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila sudah memasuki alam pekerjaan, seseorang itu seharusnya sentiasa menanam sifat ikhlas dalam dirinya ketika bekerja. Barulah setiap pekerjaan yang dilakukan itu dipermudah dan diberkati.


Hal ini kerana bila kita happy dengan kerja kita, mesti segala-galanya akan jadi smooth je.

Sehubungan itu, pemilik akaun laman sosial TikTok bernama Nadia Rahimi telah berkongsikan satu video sambutan hari lahir ibunya di sebuah hotel terkemuka di bandaraya Kuala Lumpur. Menurut Nadia di ruangan komen postingnya, sambutan hari lahir tersebut diadakan di Thirty8 Restaurant, Grand Hyatt Kuala Lumpur.

Video tersebut menjadi tular kerana aksi seorang waiter di restoran hotel tersebut menyanyikan lagu hari jadi untuk ibunya dengan sangat ikhlas dan telah mendapat tontonan sebanyak 515.6 ribu dalam masa sehari!

@nadiarahimi89

Terima kasih Mr Izhar sebab nyanyi dengan sepenuh hati for my queen ?

♬ Day ‘n’ Nite – Kid Cudi

Bukan sahaja ikhlas, waiter yang mesra dipanggil Mr Izhar ini juga menyanyikan lagu hari jadi tersebut dengan melodi yang sangat unik! Ada yang mengatakan melodi lagu tersebut sangat familiar.

Komen Birthday 3 Vert

Tambahan pula, suaranya yang sedap telah berjaya membuat banyak netizen cair mendengar nyanyian lagu hari jadi itu. Siap ada yang tumpang terharu dan meminta Mr Izhar ini diberi tips lagi!

Komen Birthday 22

Komen Birthday 4 Vert

Rupa-rupanya, ramai yang kenal dengan Mr Izhar ini dan pernah dinyanyikan lagu hari jadi juga ketika menyambut hari jadi di restoran Thirty8 itu!

 

Baca: “Hari jadi nanti kita makan sama”- [VIDEO] Janji Sambut Bersama, Anak Terharu Satu Pusat Kuarantin Rai Birthday Ayah

Baca Birthday

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.