“Hari jadi nanti kita makan sama2” – [VIDEO] Janji Sambut Bersama, Anak Terharu Satu Pusat Kuarantin Rai Birthday Ayah

Tambah ke Sumber Pilihan
“Hari jadi nanti kita makan sama2” – [VIDEO] Janji Sambut Bersama, Anak Terharu Satu Pusat Kuarantin Rai Birthday Ayah

Sambutan hari jadi semestinya jadi saat yang bahagia untuk setiap individu, lebih-lebih lagi jika dapat disambut bersama ahli keluarga sendiri dalam musim pandemik ini.

Macam kisah yang jadi baru-baru ni, seorang anak ini tetap berusaha nak menyambut hari jadi ayahnya walaupun mereka tak dapat nak raikannya bersama.


Ayah dapat surpise di pusat kuarantin

Beberapa hari lalu, tindakan seorang anak tetap berusaha nak beri kejutan untuk ayahnya yang sedang kuarantin jadi perhatian warganet.

Menerusi perkongsian oleh @nizam_rahman di TikTok, dia menunjukkan suasana di mana para petugas dan patient di pusat kuarantin MITC Melaka menyambut hari jadi ayahnya bersama.

Dalam video berkenaan, dilihat ayahnya bernama Abdul Rahman dipanggil oleh petugas untuk datang ke depan. Lalu terlihat ada sebiji kek di atas meja yang dikirim oleh anaknya Nizam sempena hari jadi ayahnya tersebut.

Tapi apa yang seronok dilihat, pesakit-pesakit lain sanggup bangun dari katil mereka dan berdiri menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi untuk ayahnya itu.

Ayah janji nak sambut birthday bersama

Sebenarnya ada sebab, kenapa Nizam tetap nak bagi kejutan sebegini untuk hari jadi ayahnya tersebut.

Menurut Nizam, Ayahnya ada berjanji yang mereka akan sambut hari jadinya bersama. Namun apakan daya, ayahnya terpaksa dikuarantin selepas disahkan positif Covid-19.

Hari Jadi Ayah Mitc 5Sumber: TikTok

“Aku sorang ja ka yang nangeh?”

Menjengah di ruangan komen, nyata perkongsian tu ‘jentik’ hati netizen yang melihat. Rata-rata netizen merasa sebak melihat momen bahagia tersebut, yang mana orang lain tetap gembira sambut hari jadi ayahnya itu.

Selain itu juga, ramai yang turut menitipkan ucapan hari jadi untuk pakcik tersebut di samping mendoakan dia supaya cepat sembuh.

Reak Hari Jadi Ayah Mitc 1 EditSumber: TikTok Reak Hari Jadi Ayah Mitc 2 EditSumber: TikTok Reak Hari Jadi Ayah Mitc 3 EditSumber: TikTok

Seronoknya tengok pakcik tu dikelilingi orang yang baik dan supportive sepanjang berada dekat pusat kuarantin tersebut. Jaga diri semua, SOP jangan abai okay.

Baca : Bapa Meninggal April Lepas Tapi Doktor Muda Ini Dapat Ucapan ‘Happy Birthday’ Daripada Baba, Rupa-Rupanya...

Foot Hari Jadi Ayah Mitc

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Aidil Yusrif
Lagi tulisan Aidil
Jangan ajak saya karaoke, takut awak tak dapat chance nak menyanyi. Orang Kata saya poyo, nampak garang tapi saya pemurah hekhekk

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Hari jadi nanti kita makan sama2” – [VIDEO] Janji Sambut Bersama, Anak Terharu Satu Pusat Kuarantin Rai Birthday Ayah
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/hari-jadi-nanti-kita-makan-sama2-video-janji-sambut-bersama-anak-terharu-satu-pusat-kuarantin-rai-birthday-ayah/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM