in

Ibu Trauma Murid Pra-Sekolah Dah Pandai ‘Korek’ Faraj Kawan

Pacaran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Allahu! Baca tajuk pun mesti korang dah macam nak gugur jantung kan? Tak sangka budak sekecil ni dah bijak perkara yang tak tercapai dek akal.


Menerusi perkongsian Zeeda Aziz di Facebook, seorang ibu telah berkongsi masalah yang menimpa anak perempuannya gara-gara kelakuan jijik rakan sekelas. Ini apa yang ditulis Zeeda di postingnya.

“Semakin hari semakin banyak aduan diterima, entah bila akan berakhir. Kes terbaru ini melibatkan murid pra-sekolah yang berusia 6 tahun.

“Rakan sebaya bermain ‘cucuk’ dan ‘korek’ faraj kawan mereka dalam premis tadika,” katanya. Ya Allah takde benda lain lagi ke nak main??

Permainan korek dan cucuk ni katanya telah melukakan alat kelamin anak ibu yang malang tu. Daripada situlah ibunya tahu yang si anak telah dicabul!

39468554 587625974968938 7556055162633060352 N
sumber: facebook
39536104 587626028302266 4264396685154713600 N
sumber: facebook

“Si ibu sudah bersemuka dengan guru dan pelaku. Budak 6 tahun ni tak tahu pun apa yang dia buat tu salah. Main-main je pun,” kata Zeeda.

Namun baginya, apa yang penting ialah ibu bapa patut berhenti beri akses internet tanpa limit kepada anak-anak. Takut anak-anak bila besar nanti jadi penjenayah seksual.

“Kita ni dah kenapa? Berhentilah memberi akses internet tanpa limit kepada anak-anak. Anda bangga ke kalau anak jadi penjenayah seksual?

“Seawal 6 tahun dah mula mencabul, tak mustahil bila penis dah boleh tegang, mereka menjadi perogol.” Aduh ngeriii! 

Dscn3089 F3E8Cd24F224C1B42Ffc4C685D597C70
gambar hiasan

Sebaiknya ajarlah anak tentang apa itu sentuhan selamat seawal yang mungkin. Kalau cukup ilmu, mesti perkara macam ni takkan terjadi.

Rata-rata netizen yang membaca posting ini juga berasa takut dengan apa yang menimpa budak-budak zaman sekarang.

Eee
sumber: facebook

Ibu bapa pantaulah kelakuan anak-anak. Jangan lepas tangan pada cikgu semata-mata. Bila dah jadi macam ni, menyesal takut berguna. 

NOTA: Gambar di atas sekadar gambar hiasan

Baca: Budak 6 Tahun Layan Porn Dalam Beg!

Porn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.