Budak 6 Tahun Layan Porn Dalam Beg!

Baru-baru ni gempar kisah seorang wanita terkejut tengok hasil lukisan budak yang baru umur lapan tahun tapi lakarannya sangat lucah. Terpinga-pinga kita fikir kat mana lah budak usia semuda tu belajar benda-benda tak senonoh ni semua kan?

Tapi apa yang lebih menyedihkan adalah bila kita dapat tahu ada budak kecik belajar perkara yang tak sepatutnya daripada mak bapak dia sendiri. Menurut perkongsian seorang wanita kat Facebook, apa yang diceritakan ni boleh buat korang terfikir, manusia jenis apa yang hidup dalam dunia sekarang?

Kisahnya bermula tentang seorang budak perempuan berusia 6 tahun yang tiba-tiba berubah sikap. Daripada seorang yang peramah dan suka bergaul suddenly suka menyendiri, kurang bercakap dan ke hulu ke hilir bawak beg.

Sumber: Facebook

Kenapa ke mana-mana bawak beg? Apa yang ada dalam tu? Cikgu budak tadika tu jadi bingung. Bila disuruh tinggalkan beg, budak kecik tu akan menangis sekuat hati. Gayanya memang tak akan lepaskan beg tu biar apa pun yang jadi.

Takkanlah ada bantal busuk pulak sumbat dalam beg, ye tak? Jadi mungkin dia tak nak sesiapa rampas bantal busuk dia.

Sumber: Facebook

Sampai tak makan budak tu waktu rehat sebab asyik sangat dengan benda yang dalam beg dia tu. Makin lama makin tak keruan pulak cikgu tu duk fikir apa benda la yang buat anak kecil ni khusyuk sangat habiskan masa rehat dengan pandang isi dalam beg dia tu.

Suatu hari semuanya terbongkar bila ada seorang guru nampak anak kecil ni buka zip beg sekolah dia. Rupa-rupanya…

Sumber: Facebook

Tak nak bergaul dengan orang, tak makan waktu rehat, semuanya sebab video lucah! Umur baru enam tahun tapi dah pandai tonton video lucah! Lebih menyedihkan bila budak tu mungkin dah ketagih menonton video lucah sebab bapa dia sendiri yang ajar! Bapa jenis apa macam ni! 

Dah la ajar anak sekecil tu tonton video lucah, dia siap buat benda tak senonoh lagi kat anak dia! Gila!

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Bukan satu atau dua, tapi 10 video lucah dalam telefon tu. Fikir lah kalau dia kat sekolah pun sampai tak makan nak tengok benda tu, kat rumah macam mana? Bila hal ni dimaklumkan kat ibu dia, ibu ni selamba je dengar berita tu.

Ibu budak ni cakap dia tahu telefon bimbit tu ada banyak video lucah milik suami dia. Dan dia macam menafikan yang suami dia ajar anak kecil ni tengok video lucah.

Sumber: Facebook

Kecewa. Luluh hati ni dengar ibu sendiri jawab macam tu je bila tahu anak yang baru setahun jagung tonton video lucah. Tak kisah? Tak terkejut anak umur enam tahun ketagih video lucah?

Mungkin dia malu nak mengaku, mungkin dia memang tak kisah. Hanya dia dan Allah je yang tahu.

Sumber: Facebook

Ni bukan benda biasa. Anak umur enam tahun ketagih tonton video lucah dan diajar sendiri oleh bapa bukan perkara normal. Sentiasa pantau apa yang anak-anak buat dan peka dengan perubahan anak supaya kita dijauhi dari kes macam ni.

NOTA: Gambar di atas hanya untuk tujuan ilustrasi.

Baca: Budak Darjah 2 Lukis Gambar Lucah. Belajar Dari Mana?

Ditulis oleh Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.