in

Ibu Jual Anak Demi Mekap RM4,000

Mekap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu mana yang tak sayangkan anak. Ibu sanggup lupakan kepentingan sendiri dan berkorban apa saja demi anak. Tapi lain pula dengan seorang ibu di China ni yang sanggup menggadai anak sendiri hanya sebab something yang dia suka.


Menurut WORLD OF BUZZ, wanita dikenali sebagai Yu tergamak menjual anak kecilnya sendiri dan gunakan wang yang diperolehi untuk beli mekap! Mak jenis apa ni?!

1 Pvb1Mrxwu5Zbgtc Xglqfg
sumber: wob

Yu ni pada awal pergi ke balai polis nak melaporkan kehilangan anak perempuannya Hua Hua yang baru berusia 1 tahun. Yu yang berasal dari daerah Yunnan memberitahu pihak polis bahawa dia sedang berjalan-jalan melihat pemandangan ketika menyedari anaknya hilang dalam stesen kereta api.

Tapi lepas 10 jam menjalankan siasatan, pihak polis mendapati bahawa anak kecil tu sebenarnya bukanlah hilang tapi sebaliknya dijual oleh ibu kandungnya sendiri. Selepas dipaksa, Yu akhirnya mengaku dia jual anaknya dengan harga 50,000 Yuan (lebih kurang RM31,300).

1 Xc Fpy6Bgpt Isoppdw6Ng
sumber: wob

Lebih teruk lagi, lepas jual tu Yu habiskan 6,000 yuan (bersamaan RM3,700) duit jual anak dia untuk buat beli kosmetik dan beberapa barangan lain. Teruknya! Beberapa hari selepas tu anak kecil malang tersebut berjaya ditemui oleh pihak polis dan dikembalikan kepada bapanya.

Dua orang lelaki juga ditangkap kerana disyaki terlibat dengan pemerdagangan kanak-kanak. Terdahulu, ada seorang anak kecil meninggal dunia kerana tidak mendapat rawatan sewajarnya selepas ibu tak berhati perut menggunakannya untuk mendapatkan wang.

1 8Lkobomlnupve8A8Onlz9Q
sumber: wob

Sedih bila dengar ada ibu yang sanggup buat macam-macam dan tak hiraukan keadaan anak sendiri hanya sebab pentingkan diri. Semoga Yu terima balasan setimpal sebab buat anak dia macam tu. Tak berhati perut betul!

Baca: Bapa Jual Anak-anak Untuk Beli Dadah, Nenek Berusaha Pertahan Satu-satunya Cucu yang Tinggal

Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.