in

Ibu Hidap Kanser Otak Glioblastoma Buat Kad Hari Jadi Untuk Anaknya Baca Bila Dia Mati Nanti

H

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu mana yang nak pergi dulu sebelum sempat tengok anak sendiri membesar depan mata? Lagi-lagi bila kita dah tahu kita hanya ada dua ke lima tahun untuk hidup.


Ini apa yang dilalui oleh seorang ibu dari Scotland, Tyla Livingstone. Ibu muda yang baru berusia 22 tahun telah didiagnos mengidap glioblastoma, kanser otak paling membawa maut pada Februari 2018.

Menurut Mirror, Tyla mendedahkan dia akan menulis kad hari jadi untuk anak lelakinya buka bila dia mati nanti.

0 Mother 22 Who Was Found To Have Terminal Brain Cancer After Waking Up With Paralysis Is Writing He

“Ia sangat mengecewakan. Saya rasa bersalah atas benda yang saya tak boleh kawal.

Saya akan berjuang sehabis baik. Matlamat saya adalah untuk melihat anak saya pergi ke sekolah dan dia boleh ingat saya dan suara saya.

Tapi, saya akan sentiasa ada dalam hatinya.”

Kalau korang nak tahu, simptom Tyla ini hanya muncul ketika dia berusia 20 tahun semasa usia kandungannya 31 minggu.

Ketika itu, dia rasa perutnya menyucuk sakit dan perlu mandi untuk melegakannya. Tapi, ketika dia di dalam bath tub dia rasa seperti sakitnya menular sampai ke lengan.

Tyla terus keluar dari bath tub dan menjerit memanggil neneknya sebelum dia pengsan. Dia diberitahu, ketika itu dia mengalami sawan.

Imbasan MRI mendapati ada ketumbuhan di bahagian kiri otak Tyla. Doktor memberitahu ketumbuhan itu tak serius dan walaupun ia menjadi kanser, Tyla masih ada peluang untuk sembuh.

Cancer

Pada 12 Januari, Tyla melahirkan seorang bayi lelaki, Preston. Namun, sebulan selepas dia menjadi ibu, Tyla lumpuh separuh badan selepas dia keluar minum dengan pasangannya Mark.

Awalnya, Tyla tak menghiraukan simptom ini namun, dua hari kemudian dia pergi berjumpa doktor untuk jalani pemeriksaan. Ketika itu baru wanita ini tahu dia menghidapi kanser otak, glioblastoma.

Kalau korang nak tahu, Glioblastoma merupakan salah satu kanser otak paling agresif. Hanya beberapa orang saja dapat hidup lebih dari lima tahun.

Tyla dah pun menjalani kemoterapi, pembedahan otak dan radioterapi tapi rawatan ini hanya akan memusnahkan beberapa sel saja.

Selain dari kad hari jadi untuk anaknya, dia juga ada menyimpan rambut dan topeng radioterapi untuk anaknya.

“Saya mahu dia tahu yang ibunya telah berjuang untuk bersama dengannya, yang ibunya sayangkannya dan ibunya tak pilih untuk tinggalkannya.”

Tyla kini hanya mahu menghabiskan masa-masanya mencipta memori-memori indah dengan Preston sebanyak mungkin.

 

Baca: Anak Beranak Hadapi Kanser, Bapa Meninggal Dunia Sebab Hentikan ‘Treatment’ Demi Teruskan Rawatan Anak

Screenshot 2019 03 29 At 6.31.49 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.