in

Ibu Asyik Berkaraoke, Tak Sedar Dua Orang Anak Lemas Lepas Terjatuh Dalam Tangki Kumbahan

Karaoke

Niat si ibu untuk berehat seketika sambil berhibur dengan berkaraoke, namun tidak dia sangka saat asyik menyanyi di dalam rumah, dua anaknya lemas dalam sebuah tangki kumbahan. Aduhai… 

Menurut Tribunnews, perkara tersebut yang berlaku Kampung Alurtani 1, Tamiang Hulu, Aceh pada Selasa lepas terjadi ketika si ibu sedang berkaraoke dengan volume suara yang tinggi.

Mangsa, Alfizil Aini, 4 dan adiknya, Zikra Hidayatullah, 2, dilaporkan meninggal dunia di dalam tangki tersebut kerana lambat mendapatkan bantuan.

Ketua Polis Tamiang Hulu, Delyan Putra memberitahu tangki itu terletak di belakang rumah mangsa dan ia sedang dibersihkan oleh ibu mereka, Suhar, 35. Dua anaknya pula dikatakan gemar bermain di kawasan berkenaan.

Suhar berehat sebentar dan menghabiskan masa itu dengan berkaraoke, dengan nada suara yang tinggi.

“Tidak lama selepas itu, baru Suhar tersedar kedua-dua anaknya tidak berada di dalam rumah.

“Selepas keluar mencari, wanita berkenaan menemui mangsa di dalam kolam berkenaan,” katanya.

Septic Tank Aceh Tamiang

Suhar kemudian terkejut dan menjerit apabila melihat kedua-dua anaknya sudah tidak bergerak di dalam lubang tersebut.

Jeritan itu kemudian didengari oleh jirannya, Sumarlan, 38, yang melompat masuk ke dalam tangki demi menyelamatkan mangsa.

Mangsa kemudian dibawa ke bidan desa untuk mendapatkan bantuan. Namun semuanya sudah terlambat apabila kedua-duanya telah disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan.

Allah… mesti sedih emaknya kedua-dua anak meninggal dunia. Takziah. 

Baca: “Jangan kita kecam ibunya” – Kanak-Kanak Maut Jatuh Dari Rumah Tingkat 15, Netizen Mohon Henti Salahkan Ibu

Ibu 1

Sumber: Tribunnews