in

“i-Happy atau i-Kecewa?” – KWSP Umum Dua Kategori Layak Mohon Skim i-Sinar, Berikut Antara Perinciannya

Kwsp Keluar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan dua kategori yang membabitkan lapan juta ahlinya yang layak memohon skim i-Sinar.



Kategori 1

Menurut Sinar Harian, KWSP dalam kenyataan mereka berkata, kategori 1 melibatkan mereka yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, bekerja di dalam sektor ekonomi gig, sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau diberi notis cuti tanpa gaji. 

Kriteria adalah seperti berikut:

  • Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua bulan berturut-turut semasa permohonan ATAU
  • Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% ke atas selepas 1 Mac 2020.

Mereka bagi kategori ini tidak perlukan surat sokongan, kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP dan ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui, isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.

Pembayaran bagi yang layak akan dibuat dari pertengahan Januari 2021. 

 

Kategori 2

Bagi kategori 2 pula, ia adalah untuk pemohon yang masih bekerja tapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020 yang mana pengurangan itu dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

Dokumen yang diperlukan:

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan, dan
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / tuntutan kerja lebih masa.

Jika dokumen di atas tak boleh dikemukan, dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian mulai 11 Januari 2021.

Header

Antara perkara yang korang perlu take note sebelum membuat permohanan dan melancarkan permohonan tersebut ialah:

  • Pastikan anda telah mendaftar i-Akaun 
  • Pastikan nombor telefon bimbit anda dikemaskini di kios atau cawangan KWSP 
  • Pastikan akaun bank milik anda aktif. 

 

“i-Happy atau i-Kecewa?” 

Notis pengumuman KWSP mengenai permohonan i-Sinar tersebut kemudian mendapat perhatian bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Facebook yang seterusnya bertanyakan reaksi netizen atas kelayakan yang diumumkan KWSP tersebut.

Okay atau tidak?i-Happy atau i-Kecewa?

Posted by Najib Razak on Wednesday, December 2, 2020

 

Rata-rata netizen nampaknya memberi jawapan berbelah bahagi yang mana kebanyakannya kecewa kerana tidak layak memohon i-Sinar.

Syarat

Kepada mereka yang tidak layak tu, bertabahlah…

Baca: “Harap tak muncul kluster i-sinar” – Tular Notis i-Sinar Boleh Dipohon 15 Disember Ini, Orang Ramai Serbu Cawangan KWSP

Notis Kwsp

Sumber: KWSP
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.