in

“Harap tak muncul kluster i-sinar” – Tular Notis i-Sinar Boleh Dipohon 15 Disember Ini, Orang Ramai Serbu Cawangan KWSP

Notis Kwsp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular di media sosial kononnya notis daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengatakan bahawa orang awam kini boleh membuat permohonan i-Sinar bermula 15 Disember 2020. 

Notis yang dipercayai ditampal di salah sebuah pejabat cawangan KWSP tersebut telah menimbulkan kejutan kepada orang ramai sehinggakan ramai yang menyerbu cawangan KWSP di tempat masing-masing tanpa memastikan kesahihan berita terbabit.


https://www.facebook.com/491692927530879/posts/3952740314759439/

 

KWSP yang mengumumkan baru membuka cawangan mereka di seluruh negara bermula hari ini walau bagaimanapun belum mengeluarkan kenyataan mengenai pengeluaran i-Sinar pada tarikh yang digembar-gemburkan itu. 

Menurut Harian Metro, orang ramai menyerbu premis KWSP berkenaan seawal 8 pagi itu juga mula merungut kerana ada yang sudah menunggu hampir 40 minit namun masih tidak dapat masuk ke dalam premis kerana terlalu ramai yang menunggu giliran masing-masing.

“Saya sudah berbaris 40 minit namun belum dapat masuk untuk berurusan. Ketika saya tiba, ramai orang yang sudah beratur menunggu giliran.

“Saya hanya mahu mengeluarkan penyata sahaja. Pengurusan KWSP perlu pertimbangkan untuk menambah kaunter atau alternatif lain agar mengelak orang menunggu dan berkumpul di sini,” kata Noraini Sahid, 37.

Kwsp

Dalam pada itu, dia juga menambah kemudahan dalam talian walau bagaimanapun tidak menjadi pilihan kerana bukan semua pencarum berkemahiran menggunakan sistem itu atau mempunyai i-Akaun.

Seorang pelanggan bernama Nur Ishak Abd Rahim, 26 memberitahu yang dia terpaksa menunggu hampir sejam sebelum dapat berurusan kerana jumlah ahli yang menunggu terlalu ramai.

Dia juga bimbang risiko penularan Covid-19 disebabkan orang yang ramai dan cenderung mengabaikan penjarakan fizikal ketika beratur menunggu giliran.

Pihak KWSP perlu ambil langkah elak orang ramai beratur panjang begini. Bukan hanya untuk memudahkan urusan kami tapi secara tidak langsung membantu mencegah penularan Covid-19. Kita tidak tahu siapa pembawa,” katanya.

Uish harap ramai-ramai tu jagalah penjarakan sosial. Kita tak mahu benda lain pulak yang jadi nanti. 

Baca: KWSP Akan Umum Perincian Kriteria Kelayakan Keluarkan Wang Caruman Melalui Program i-Sinar Pada Minggu Depan

Epf

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.