in

“Hutang tersembunyi negara RM 1 TRILION” – Tun M

Tunm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 secara sah semalam selepas majlis angkat sumpah akhirnya berjaya diadakan pada jam 9:30 malam.


Berjanji akan memansuhkan GST dan sedaya upaya memulihkan negara dalam masa 100 hari pentadbiran, terdapat beberapa lagi perkara yang mungkin akan berubah dalam kerajaan baru ini.

 

Beberapa ketua jabatan mungkin digugurkan

Mendakwa tidak mahu mengamalkan politik dendam, kerajaan tak menolak kemungkinan menggugurkan beberapa ketua jabatan yang melakukan perkara tidak membawa kebaikan kepada negara ketika era kepimpinan terdahulu.

Langkah tersebut katanya demi nak pastikan pentadbiran kerajaan tak terpalit amalan merosakkan, lapor Berita Harian.

“Ketua-ketua jabatan tertentu mesti digugurkan. Saya dapati sesetengahnya bersubahat dan membantu pemimpin terdahulu yang kleptokrasi,” kata Tun  M.

gambar hiasan

 

“Saya akan pulangkan duit mereka”

Tun M memaklumkan ramai kenalan dikunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan dikenakan cukai tidak sepatutnya ketika pemerintahan kerajaan sebelum ini.

 “Sesetengah orang yang rapat dengan saya dikunjungi LHDN dan ada juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysi (SPRM) dan mereka dikenakan cukai tambahan (ketika pentadbiran kerajaan terdahulu).”

“Saya akan pulangkan semula (duit mereka),” kata Tun lagi.

 

Hutang negara cecah RM 1 TRILION?

Lepas negara berada di bawah tampuk pemerintahan baru, ramai tertanya-tanya dengan keadaan kewangan negara kita. Tun M memaklumkan negara kita ternyata sememangnya dibelenggu masalah pengurusan kewangan.

Bank Negara mendapati jumlah keseluruhan hutang yang dipinjam kerajaan terdahulu berjumlah hampir RM800 BILION. Namun Tun M menganggarkan jumlah tersebut adalah sebenarnya jauh lebih besar dari yang dinyatakan.

“Tetapi sebenarnya saya jangka jumlah yang tersembunyi dipercayai mencecah RM1 trilion.”

Jaja

Mak ai banyaknya hutang negara kita gais. Semoga tampuk pemerintahan baru dapat memulihkan keadaan negara tercinta dan menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan penuh amanah.

Baca: Welcome back Tun!

Tun M 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.