“Humming pun dah sedap” – Ramai Netizen Cair Dengan Suara Klasik Ibu Pemuda Ni Cover Lagu P Ramlee

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Tersenyum admin sorang-sorang layan Ashman cover lagu P.Ramlee dengan ibunya ni, lagi-lagi masa part mak dia masuk tu, alahaiii.

 

Rasa macam ada kat zaman P.Ramlee

Ashman cover lagu Malam Bulan Di Pagar Bintang guna ukelele, dalam video berdurasi 2 minit 16 saat tu Ashman tak tunjukkan ibunya sebab ibunya malu katanya.

Lebih 15,000 orang yang retweets video ni ‘cair’ dengan kelunakan suara ibunya. Suara yang klasik dan membuatkan netizen terpegun bila mendengarnya.

Yang part humming tu je rasa macam dah melayang dah. Sekali imbas dengar macam Saloma pun ada!

Bolah dikatakan semua netizen suka dengar suara anak beranak ni cover lagu-lagu klasik, terutamanya lagu-lagu P.Ramlee.

 

Suara sangat klasik – Netizen

Boleh dikatakan semua orang puji suara ibu dia tu sedap, disebabkan penularan video ni dan ramai yang request untuk buat cover banyak-banyak, Ashman dan ibunya berbesar hati nak buat lagi. Yaayy can’t wait! 

Sedap sangat suara, boleh buat lullaby.

 

Baca : “Nazim takyah nyanyi lah, pakai mekap bagai” – Ramai Cakap Nazim Othman ‘Try Hard’ Cover Lagu Dimatamu

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.