“Nazim takyah nyanyi lah, pakai mekap bagai” – Ramai Cakap Nazim Othman ‘Try Hard’ Cover Lagu Dimatamu

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



“Nazim takyah nyanyi lah, pakai mekap bagai” – Ramai Cakap Nazim Othman ‘Try Hard’ Cover Lagu Dimatamu

 
 
00:00 /
 
1X

Bukak je radio confirm dengar punya lagu ni! 

Lepas kontroversi hangat kes putus tunang dengan Elfira Loy, Sufian Suhaimi keluarkan sebuah lagu baru berjudul Di Matamu pada tarikh dia sepatutnya menikah dengan Elfira. Tak sampai 24 jam release kat Youtube, lagu tu dapat jutaan tontonan dan sekarang dah cecah 8.8 juta views.

Ramai artis popular seperti Ernie Zakri, Haqiem Rusli dan Ara Johari terjebak cover lagu trending no 1 dekat Youtube ni. Pelakon macam Janna Nick dan Naim Daniel pun tak ketinggalan nak tunjukkan bakat dorang cover lagu ni.

Sumber: Youtube

Tapi cover Di Matamu yang dinyanyikan pelakon Fatin Afeefa dan Nazim Othman kat Youtube baru-baru ni dapat perhatian ramai. Ramai duk puji-puji pelakon cantik molek ni sebab sangat menghayati lagu dan memang best suara dia.

Ramai puji Fatin tapi Nazim Othman pulak macam mana? Walaupun Nazim sangat menghayati lagu sampai menangis bagai, rata-rata yang dengar tak setuju dia berduet dengan Fatin sebab katanya dorang terganggu dengar suara Nazim yang tak sedap dan mekap dia yang over tu.

Sumber: Instagram
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube 

Ada juga yang suruh Fatin buat cover lagu Di Matamu yang dia nyanyi sorang-sorang je, tak payah duet dengan sesiapa, especially Nazim. Amboooi ada-ada je korang ye, dorang nyanyi for fun je tu. 

“Fatin Afeefa suara sedap. Nazim tu tak payah laa nyanyi. Fokus berlakon cukup laa.”

“Fatin Afeefa buat full cover you sorang je la. Please.

Sumber: Instagram

Admin no comment la sebab lain orang lain pendapat kan. Tapi korang boleh try dengar sendiri.

Dengar Fatin Afeefa dan Nazim Othman cover lagu Di Matamu kat sini:

Sumber: Youtube

Baca: “Tak sedap pun dia nyanyi. Dahlah tak famous” – Gimik Lagu Nabila Razali Dicemuh Netizen

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.