in

“Hormati pilihan wira dan wirawati kita. Jangan ganggu mereka!” – Bro Saddiq Bidas PAS Terengganu Suruh Atlet Tutup Aurat

Atlet Tutup Aurat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jangan ganggu atlet dan hormati pilihan pakaian sukan mereka.”

Itulah ungkapan daripada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di laman Facebook beliau semalam. Kenyataan itu ditujukan khas buat PAS negeri Terengganu yang mengeluarkan kenyataan bahawa ahli sukan negeri itu harus memakai pakaian patuh syariah mulai 2019.


Menurut FMT, pimpinan PAS itu juga berkata, sebagai permulaan, pemain bola sepak Terengganu yang beragama Islam tidak lagi dibenarkan memakai seluar pendek dalam semua kejohanan, tidak kira di dalam atau luar negeri.

Football Terengganu
sumber: fmt

Syed Saddiq bagaimanapun menegaskan bahawa beliau akan mempertahankan dan meminta pihak sana untuk menghormati pilihan atlet negara.

Sila hormati pilihan wira dan wirawati kita. Saya akan mempertahankan mereka tanpa mengira pakaian mereka. Saya di sini kerana mereka.”

Syed Saddiq
sumber: facebook
Malah menurut beliau juga, menentukan pakaian yang harus dikenakan para atlet adalah perkara membimbangkan kerana masa depan sukan seperti gimnastik, renang dan juga bina badan akan terjejas.

“Sukan adalah untuk semua dan atlet kita ialah wira dan wirawati negara. Beberapa atlet telah menghubungi saya secara peribadi mengenai isu ini.

“Saya bertanggungjawab untuk mempertahankan mereka kerana mereka adalah aset negara.

“Terdapat ramai atlet Muslim yang menyumbang pingat kepada negara termasuk Farah Ann Hadi (gimnastik), Nur Dhabitah Sabri (renang) dan Sazali Samad (bina badan).”

Dhabitah
sumber: twitter
Farah Ann
sumber: pinterest

Bukan itu sahaja, katanya, pelumba basikal profesional Azizulhasni Awang yang berasal dari Terengganu juga pernah menjadi juara dunia dan mencapai pengiktirafan antarabangsa meskipun tidak mengira pilihan pakaian yang dikenakan.

Baca: Syed Saddiq Dikecam Jogging Nampak Aurat

Syed

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.