in

Syed Saddiq Dikecam Jogging Nampak Aurat

Syed

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiga hari lepas senarai penuh Kabinet Malaysia di bawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad dah diumumkan dan semua menteri berserta timbalan menteri dah pun angkat sumpah dan terima pelantikan masing-masing.


Antara yang jadi tumpuan sudah pastinya menteri termuda di Malaysia, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Disebabkan umurnya baru pertengahan 20-an, Saddiq sering dipandang remeh kerana penglibatannya yang baru setahun jagung dalam arena politik.

Sy
sumber: instagram

Terbaru, Saddiq memuat naik gambar di Instagram menunjukkan beliau berjoging di sekitar Putrajaya bersama-sama pegawai lain di Kementerian Belia dan Sukan. Berjoging sejauh 5 km, Saddiq mengatakan yang aktiviti sihat sebegini perlu dilakukan setiap hari.

Pun begitu, bukan usaha murni berkenaan yang diberi perhatian tetapi sebaliknya pengguna media sosial mengecam penampilan menteri muda tu pulak. Katanya, Saddiq joging nampak aurat sebab mengenakan seluar pendek di atas paras lutut. Alamak!

36594177 682843395384325 7263194554038222848 N
sumber: facebook

Seorang pemilik akaun Facebook Muhtar Suhaili As-Sarawaki juga siap buat satu entri ditujukan khas pada Saddiq, menegur Menteri Belia dan Sukan tu supaya tunjuk contoh yang baik kat orang awam. 

Katanya Saddiq tak perlu nak buat sebarang perubahan gempak, cuma jadi teladan yang elok untuk orang ramai. Muhtar juga membandingkan pemakaian pegawai-pegawai di sekeliling Saddiq yang katanya jauh lebih sesuai dan sopan.

36617474 682843402050991 2291148324071276544 N
sumber: facebook

Lebih teruk lagi, ada netizen yang mendakwa Saddiq memalukan UIAM sebab nama saja belajar di universiti islam, tapi aurat tak terjaga. Ramai yang menyindir dan memperlekeh Saddiq yang katanya mungkin masih belum terbiasa jadi public figure jadi dia main pakai je apa saja yang dia rasa okey. Eh ye ke macam tu?

1 Vert
sumber: facebook

Sebagai seorang pemimpin, setiap gerak geri jadi perhatian umum dan ikutan ramai terutamanya anak muda. Semoga YB lebih berhati-hati lepas ni ye!

Baca: “Syed Saddiq menaip macam budak wicet”

Yb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.