“Hindar mereka daripada terjebak dengan hutang ah long” – NGO Gesa Kerajaan Laksanakan Moratorium Automatik Tanpa Syarat

Tambah ke Sumber Pilihan
“Hindar mereka daripada terjebak dengan hutang ah long” – NGO Gesa Kerajaan Laksanakan Moratorium Automatik Tanpa Syarat

Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu dan Islam gesa pihak kerajaan supaya mengarahkan pihak pemberi pinjaman kewangan memberikan moratorium automatik dan tanpa syarat kepada semua golongan B40 (kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus rendah) dan M40 (kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus pertengahan) selama enam bulan.

Kerajaan sendiri tak mampu berikan bantuan setimpal dengan kerugian rakyat tanggung


Koordinator Gabungan NGO Melayu dan Islam, Ahmad Yazid Othman berkata, semua rakyat perlu moratorium secara automatik itu memandangkan pihak kerajaan tidak mampu memberikan bantuan tunai yang setimpal dengan kos kerugian yang ditanggung rakyat ketika ini.

Katanya lagi, ia sekaligus berupaya untuk meringankan beban dan aliran tunai rakyat ketika ini.

“Kerajaan perlu beri moratorium automatik tanpa mengenakan sebarang faedah atau keuntungan tambahan termasuk apa jua bentuk caj sepanjang tempoh berkenaan.

“Bantuan yang diberikan setakat ini jauh lebih rendah daripada Garis Kemiskinan Kebangsaan sebanyak RM2,208 yang mana kebanyakan rakyat terbeban dengan hutang pinjaman sewaktu krisis wabak Covid-19.”

“Moratorium automatik ini adalah perkara ‘hidup atau mati’ dari segi menyambung kehidupan harian mereka dan mampu menghindar mereka daripada terjebak dengan hutang ah long dan masalah sosial,”

Disebabkan itu, pihaknya menyeru agar kerajaan menggunakan segala kuasa yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong semasa tempoh darurat bagi menangani krisis ekonomi dan kesihatan tersebut dengan berkesan, lapor Sinar Harian.

1091020Sumber: Sinar Harian

Jelasnya, rakyat memberikan kepercayaan kepada kepimpinan kerajaan untuk melaksanakan amanah tersebut demi kepentingan rakyat Malaysia.

“Rakyat sedang memerhatikan setiap tindakan yang diambil sama ada ia benar-benar menggambarkan keprihatinan terhadap kumpulan majoriti rakyat yang terkesan kelangsungan kehidupan mereka sepanjang pandemik Covid-19 ini.”

Dalam pada itu, pihaknya juga menyeru kepada seluruh rakyat yang ingin bersolidariti dengan gesaan ini supaya mengemukakannya dengan menyokong petisyen yang dilancarkan dua hari lepas dan setakat ini telah berjaya mengumpulkan lebih 10,000 sokongan.

Baca : [TERKINI] Golongan B40 Boleh Dapat Moratorium Selama 3 Bulan  – PM

Pm

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izuan Jelani
Lagi tulisan Izuan
Mende?

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Hindar mereka daripada terjebak dengan hutang ah long” – NGO Gesa Kerajaan Laksanakan Moratorium Automatik Tanpa Syarat
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/hindar-mereka-daripada-terjebak-dengan-hutang-ah-long-ngo-gesa-kerajaan-laksanakan-moratorium-automatik-tanpa-syarat/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM