in

Hidung Tiba-tiba Berdarah Ketika Siaran Langsung, Ramai Puji Penyampai Berita Ini Sebab Kekal Tenang

F1 Bn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banyak juga kejadian lucu yang kita tengok yang melibatkan wartawan dan penyampai berita ketika siaran langsung. Ada yang tak perasan mereka dah on air, memang kelakar bila tengok.


Namun, buat seorang penyampai berita di China ini pula, dia dipuji sangat professional sebab kekal tenang walaupun hidungnya tiba-tiba berdarah ketika sedang siaran langsung.

Nb 2

Memetik laporan South China Morning Post, video itu telah tular kerana Huang Xinqi tetap teruskan membaca berita sehingga ke akhir rancangan.

Difahamkan, darah hidungnya meleleh sehingga ke mulut dan riak wajahnya kekal tenang dan tidak menggelabah langsung.

Ramai netizen dilihat memuji etika bekerja lelaki tersebut namun dalam masa yang sama ada juga yang mempersoalkan kenapa dia tidak boleh berhenti seketika.

Ini kerana ada yang berpendapat kru program berita dan televisyen tersebut sepatutnya memfokuskan kamera ke wajah penyampai berita wanita tersebut supaya Huang Xinqi boleh bersihkan hidungnya.

Nb 3

Selepas video tersebut meraih perhatian netizen China,  penyampai berita itu tampil menjelaskan perkara yang berlaku.

Dia mengatakan pada ketika kejadian itu berlaku, dia tak fikir benda lain langsung kerana dia hanya mahu habiskan penyampaian berita berkenaan.

Ada juga yang membuat andaian bahawa penyampai berita itu mungkin takut dipecat, jadi dia tetap teruskan tanggungjawabnya pada ketika itu. 

Sumber: South China Morning Post

Baca: Bahaya Baring Jika Hidung Berdarah, Ikuti Langkah-Langkah Yang Betul Ini 

Nb 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.