Pendarahan hidung boleh berpunca dari pelbagai perkara, antaranya termasuklah sejuk, alahan, jangkitan pada hidung atau trauma seperti kecederaan yang berlaku pada hidung.
Tidak dapat dinafikan, apabila berlakunya pendarahan hidung kita mesti akan berasa cemas dan kebiasaanya kita disuruh untuk baring bagi menghentikan darah tersebut daripada mengalir dengan banyak.
Perkara itu ternyata salah, menerusi thread yang dikongsikan oleh @MedTweetMYHQ perbuatan itu sebenarnya sangat bahaya kerana darah yang keluar daripada hidung itu boleh masuk ke paru-paru apabila kita baring.
JANGAN sesekali BARING ketika hidung BERDARAH..!! Ini sangat BERBAHAYA kerana berpotensi menyebabkan darah memasuki paru-paru anda. Ingin tahu langkah AWAL & BETUL semasa hidung BERDARAH??? Ikuti Thread ini 👇👇 pic.twitter.com/AkoQTgvXR4
— MedTweetMY Official (@MedTweetMYHQ) June 27, 2022
Jadi apa cara yang betul untuk dilakukan jika ada pendarahan hidung?
#1 Duduk dan tunduk ke hadapan sedikit
Pertama sekali, kita diminta untuk tidak panik serta pastikan dalam keadaan duduk dan tunduk sedikit ke hadapan. Ia bagi mengelakkan darah mengalir ke bahagian belakang hidung dan tidak masuk ke paru-paru
#2 Picit hidung dan bernafas ikut mulut
Selepas itu, anda boleh picit bahagian depan hidung yang lembut dengan menggunakan jari sehingga 5 minit, ketika itu anda perlu bernafas menggunakan mulut buat sementara waktu.
#3 Letakkan ais pada bahagian dahi
Ambil beberapa ketulan ais kecil kemudian bungkuskan dalam plastik atau kain dan letakkan pada bahagian dahi selain itu, anda juga boleh kemam ketulan ais tersebut bagi membantu mengecutkan saluran darah.
#4 Jangan telan!
Sekiranya ada darah yang mengalir di dalam mulut, jangan telan dan ludah keluar, kebiasaanya pendarahan akan berhenti selepas beberapa langkah tersebut.
#5 Jika pendarahan masih berlaku, pergi ke Hospital dengan kadar segera
Bagaimanapun jika hidung masih berdarah selepas melakukan kesemua langkah-langkah yang dinyatakan, segera ke jabatan kecemasan hospital yang terdekat kerana berkemungkinan ia berpunca daripada perkara serius.
Take note ya guys!
Baca: ‘Lactose Intolerant’ Boleh Cuba Tips Ini Ketika Beli Susu Untuk Elak Perut Memulas