in

Hebat! Lelaki Tenang Sambung Makan Kepak Ayam, Walaupun Perompak Acu Pistol Depan Muka

Fi Laki 3

Siapa saja tak terkejut kalau contoh kita tengah duduk makan atau lepak-lepak tu, terdengar bunyi benda jatuh yang kuat ataupun suara orang menjerit secara tiba-tiba. Mesti masa tu terus berdiri kan?

Tapi seorang lelaki ni memang patut dipuji, sebab dia nampak tenang je walaupun masa tu dia tengah ‘dirompak’.

 

Perompak acu pistol.. Santai sambung makan ayam

Dalam sebuah kejadian yang viral baru-baru ni, seorang lelaki dilihat tetap tenang walaupun dia sedang dirompak oleh seorang individu yang membawa pistol di sebuah restoran.

Menerusi perkongsian video oleh Daily Mail, lelaki tersebut dilihat sedang menjamu selera di sebuah restoran bersama beberapa orang yang semeja dengan dia.

Laki 2 1

Sewaktu tengah seronok makan, tiba-tiba datang satu individu pakai helmet dan terus mengacukan pistol ke arah mereka. Lalu perompak itu dilihat merentap rantai lelaki tersebut, sebelum mengugut kawan-kawan lelaki yang lain untuk bagi barangan dorang.

Walaupun situasi tu boleh dianggap mencemaskan, tapi lelaki tersebut seakan tak ada perasaan dan dia terus menyambung makan kepak ayam tu. Sambil perompak tu ambil barangan yang lain, lelaki tu dengan ‘selamba’ bagi telefon dia kepada perompak tersebut dan sambung makan kepak ayamnya sekali lagi. Korang cuba tengok laki ni, power betul.

Lalu, perompak tu pun terus beredar dari restoran tersebut dan dorang pun tengok je macam tak ada apa yang jadi. Mesti perompak tu pun pelik tengok laki ni.

Ni baru betul santai next level.

 

Baca “Macam tu je nak ajar” – Cubaan Sekumpulan Penjenayah Merompak Gagal Lepas Mangsa ‘Sembur’ Dengan Petrol

Laki 1 2

Sumber: YouTube