in

Hati-hati Ketika Solat di Lapangan Terbang, Sindiket Dadah Guna Taktik Baru Sorok ‘Barang’ Dalam Kasut

Dadah Wehh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Hati-hati Ketika Solat di Lapangan Terbang, Sindiket Dadah Guna Taktik Baru Sorok 'Barang' Dalam Kasut
Icon Loader
/

Sudah ramai wanita yang tidak bersalah terjebak menjadi keldai dadah secara tidak sengaja. Terkadang sudah nasib mereka berada di tempat, waktu dan situasi yang salah. Namun ini tidak bermakna keadaan tersebut tidak boleh dielak jikalau kita peka dan sentiasa berhati-hati dengan keadaan sekeliling.



Menerusi perkongsian pengguna Facebook Muzlie Muzlim pada 4 Ogos lepas, suatu sindiket penipuan dadah telah dibongkarkan yang mana para wanita terutamanya, haruslah berhati-hati jikalau berhadapan dengan situasi begini.

“Peringatan terutama kepada kaum wanita. Berhati-hati bila anda singgah untuk menunaikan solat di lapangan terbang semasa menunggu boarding.” 

Menurutnya, para wanita yang tiba-tiba kehilangan sandal atau kasut selepas menunaikan solat iaitu sama ada ‘terpakai atau terbawa’ oleh orang lain, janganlah sekali-kali memakai apa-apa sandal yang ditinggalkan di ruang solat tersebut.

Resting Area 2 Klia 2
gambar hiasan

Kasut wanita tersebut kemungkinan besar sudah sengaja ditukar oleh seseorang yang berniat jahat! Hah biar betul??

Menerusi video yang dikongsikan bersama posting tersebut, kelihatan beberapa orang lelaki yang memakai uniform putih sedang memeriksa sepasang kasut milik seorang wanita.

20526295 10210022735261188 6320248857229787167 N
sumber: facebook

Tapak kasut tersebut dikoyakkan dan apa yang mengejutkan apabila salah seorang lelaki tersebut mengeluarkan dua bungkusan berisi ‘barang’ tersebut yang berupa serbuk putih dari setiap sebuah kasut.

20597097 10210022735861203 6742224468108596409 N
sumber: facebook
20597466 10210022736461218 380398784777013090 N
sumber: facebook

Penjenayah yang melakukan hal tersebut dikatakan dengan liciknya memasukkan ‘barang’ itu ke dalam tapak kasut demi mengelakkan ia dari dirampas pihak berkuasa. Namun tidak dapat dipastikan sama ada kejadian tersebut berlaku di lapangan terbang mana.

Muzlie dalam perkongsiannya menyambung,

“Jika anda terlepas pada pemeriksaan keselamatan, pasti ada seseorang tiba-tiba muncul dengan ramah dan memohon maaf di atas kekeliruan tersilap ambil milik anda.”

“Tetapi jika anda tak lepas pada pemeriksaan keselamatan, anda sendiri yang bakal menanggung risikonya.”

Tak pasal-pasal dituduh pengedar dadah pulak! 

Oleh itu para wanita mahupun lelaki di luar sana diingatkan untuk berhati-hati jikalau mengalami situasi seperti yang di atas. Makin bijak penjenayah zaman sekarang!

Baca: Bekas Guru di Johor Dihukum Gantung Selepas Didapati Bersalah Edar Dadah

Dadah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.